Amsal 31:1-31

  • KATA-KATA RAJA LEMUEL (1-31)

    • “Siapakah yang dapat menemui isteri yang cekap?” (10)

    • Tekun dan rajin (17)

    • Sentiasa menunjukkan kebaikan (26)

    • Anak-anak dan suami memujinya (28)

    • Kejelitaan dan kecantikan tidak kekal (30)

31  Inilah kata-kata Raja Lemuel (ibunya telah memberikan pesanan penting ini untuk mengajarnya):+  2  Hai anakku, apakah yang harus aku beritahumu?Hai anak yang kulahirkan, apakah yang harus aku ucapkan?Hai anak yang aku peroleh kerana ikrarku, apakah yang harus aku katakan?+  3  Janganlah membazirkan kekuatanmu demi perempuan,+Dan janganlah mengikut haluan yang membinasakan raja.+  4  Hai Lemuel,Para pemerintah tidak harus berkata, “Di mana minuman kerasku?”Dan raja-raja tidak patut minum wain,+  5  Supaya mereka tidak minum sehingga melupakan hukumDan mengabaikan hak orang yang menderita.  6  Berilah minuman keras kepada orang yang hampir mati,+Dan berilah wain kepada orang yang sedang merana.+  7  Biarlah mereka minum dan melupakan kemiskinan mereka;Semoga mereka tidak lagi mengingati masalah mereka.  8  Belalah orang yang tidak dapat membela diri.Lindungilah hak orang yang hampir mati.+  9  Belalah dan hakimilah orang dengan adil;Pertahankanlah hak orang yang lemah dan miskin.+ א [Alef]* 10  Siapakah yang dapat menemui isteri yang cekap?*+ Isteri yang cekap jauh lebih berharga daripada batu permata. ב [Bet] 11  Suaminya mempercayainya dengan sepenuh hati,Dan suaminya tidak kekurangan apa-apa pun. ג [Gimel] 12  Sepanjang hayatnya, dia sentiasa berbuat baik terhadap suaminya.Dia tidak berbuat jahat terhadap suaminya. ד [Dalet] 13  Dia berusaha mendapatkan kain bulu dan kain linen;Dia gemar bekerja dengan tangannya.+ ה [He] 14  Dia umpama kapal-kapal saudagar+Yang membawa makanan dari jauh. ו [Waw] 15  Dia juga bangun ketika hari masih gelapUntuk menyediakan makanan bagi keluarganya,Dan untuk mengagihkan makanan* kepada hamba-hamba perempuannya.+ ז [Zayin] 16  Setelah berfikir masak-masak, dia membeli sebuah ladang;Dia menanam anggur di ladang dengan pendapatannya sendiri.* ח [Het] 17  Dia menguatkan tangannyaDan bersedia untuk bekerja keras.+ ט [Tet] 18  Dia tahu bahawa urus niaganya menguntungkan;Pelitanya tidak padam pada waktu malam. י [Yod] 19  Tangannya menggenggam kayu rahat,Dan jarinya memegang pemintal.*+ כ [Kap] 20  Dia menghulurkan tangannya kepada orang yang berkekurangan,Dan memberi dengan murah hati kepada orang yang miskin.+ ל [Lamed] 21  Dia tidak risau tentang rumah tangganya semasa musim sejuk,Kerana seisi rumah tangganya mempunyai baju panas. מ [Mem] 22  Dia membuat cadar untuk katilnya. Pakaiannya dibuat daripada linen dan kain bulu ungu. נ [Nun] 23  Suaminya terkenal di gerbang kota;+Di situ, suaminya duduk bersama para pemimpin negeri. ס [Samek] 24  Dia menjahit dan menjual pakaian linen*Serta menghasilkan ikat pinggang untuk para pedagang. ע [Ayin] 25  Dia memiliki kekuatan dan kemuliaan,Dan dia mengharungi masa depan dengan penuh keyakinan. פ [Pe] 26  Dia mengucapkan kata-kata bijak;+Dia sentiasa menunjukkan kebaikan semasa dia mengajar.* צ [Tsade] 27  Dia mengawasi kegiatan rumah tangganya,Dan dia tidak malas untuk melakukan kerjanya.+ ק [Qof] 28  Anak-anaknya bangun dan memuliakannya;Suaminya bangkit dan memujinya, ר [Res] 29  “Ada banyak wanita yang cekap,*Tetapi tiada seorang pun yang dapat menandingimu.” ש [Syin] 30  Kejelitaan menipu mata dan kecantikan tidak berkekalan,+Tetapi wanita yang takut akan Yehuwa pasti dipuji.+ ת [Taw] 31  Berilah dia ganjaran atas perbuatannya,+Dan biarlah dia dipuji di gerbang kota kerana usahanya.+

Nota Kaki

^ Huruf Ibrani yang pertama. Pada asalnya, amsal ini ditulis mengikut urutan abjad.
^ Atau “yang terpuji?”
^ Atau “tugas.”
^ Atau “dengan hasil usahanya sendiri.”
^ Kayu rahat dan pemintal ialah alat yang digunakan untuk memintal atau membuat benang.
^ Atau “pakaian dalam.”
^ Atau “Hukum kasih setia ada di lidahnya.”
^ Atau “terpuji.”