Amsal 24:1-34

  • “Jangan iri hati terhadap orang jahat” (1)

  • “Dengan kebijaksanaan, sebuah rumah diteguhkan” (3)

  • Orang baik jatuh tetapi akan bangun semula (16)

  • Jangan membalas dendam (29)

  • Kemalasan menyebabkan kemiskinan (33, 34)

24  Jangan iri hati terhadap orang jahat,Dan jangan bergaul dengan mereka,+  2  Kerana mereka merancang kejahatan dalam hati mereka,Dan bercakap tentang cara untuk mencelakakan orang lain.  3  Dengan kebijaksanaan, sebuah rumah* diteguhkan,+Dengan pengertian, sebuah rumah dikukuhkan,  4  Dan dengan pengetahuan, bilik-biliknyaAkan dipenuhi dengan harta yang indah dan bernilai.+  5  Orang yang bijak mempunyai kuasa dan kekuatan,+Dan pengetahuan akan menambah kekuasaan seseorang.  6  Dengan bimbingan yang baik, kamu dapat melancarkan seranganmu,+Dan kemenangan* diperoleh dengan adanya banyak penasihat.+  7  Orang bodoh tidak dapat memperoleh kebijaksanaan sejati;+Tiada apa-apa pun yang dapat dikatakannya di gerbang kota.  8  Seseorang yang merancang kejahatanAkan digelar sebagai dalang kejahatan.+  9  Rancangan bodoh* mengakibatkan dosa,Dan orang yang suka mencemuh akan dibenci.+ 10  Jika kamu tawar hati pada masa kesusahan,Kekuatanmu akan berkurang. 11  Selamatkanlah mereka yang akan dihukum mati,Dan bantulah mereka yang berada di ambang kebinasaan.+ 12  Mungkin kamu berkata, “Tapi kami tidak tahu tentang hal itu,” Namun Dia yang memeriksa hati* mengetahuinya.+ Ya, Dia yang memerhatikan kamu memang tahuDan Dia akan membalas setiap orang setimpal dengan perbuatannya.+ 13  Hai anakku, makanlah madu, kerana madu itu baik;Madu asli manis rasanya. 14  Begitu juga, ketahuilah bahawa kebijaksanaan baik untukmu.+ Jika kamu menemuinya, masa depanmu terjamin,Dan harapanmu tidak akan lenyap.+ 15  Jangan menjadi seperti orang jahat yang menghendap berhampiran rumah orang baik;Jangan memusnahkan tempat kediaman orang baik. 16  Orang baik* mungkin jatuh tujuh kali, namun dia akan bangun semula,+Tetapi orang jahat akan dihancurkan oleh malapetaka.+ 17  Jangan bergembira ketika musuhmu jatuh,Dan jangan bergirang hati semasa dia tersandung.+ 18  Jika kamu berbuat demikian, Yehuwa akan melihat dan berasa tidak senang hati,Lalu Dia tidak akan murka lagi terhadap musuhmu itu.+ 19  Jangan naik marah kerana orang jahat;Jangan iri hati terhadap orang durjana, 20  Kerana orang jahat tidak mempunyai masa depan,+Dan pelita orang durjana akan padam.+ 21  Hai anakku, takutlah akan Yehuwa dan raja.+ Jangan bergaul dengan para penentang,*+ 22  Kerana orang sedemikian akan mengalami malapetaka secara tiba-tiba.+ Siapakah yang akan mengetahui malapetaka yang akan ditimpakan oleh mereka* kepada para penentang?+ 23  Kata-kata ini juga berasal daripada orang bijak: Tidak baik bersikap berat sebelah semasa mengadili sesuatu perkara.+ 24  Sesiapa yang berkata kepada orang jahat, “Kamu tidak bersalah,”+ Akan dikutuk dan dikecam oleh bangsa-bangsa, 25  Tetapi sesiapa yang menegur orang jahat akan makmur;+Mereka akan diberkati dengan perkara-perkara yang baik.+ 26  Orang yang menjawab dengan jujur akan dihormati.*+ 27  Persiapkanlah pekerjaanmu di luar rumah, dan sediakanlah ladangmu terlebih dahulu.Selepas itu, dirikanlah rumah tanggamu. 28  Jangan menjadi saksi untuk menentang orang lain tanpa sebab.+ Jangan berdusta untuk memperdayakan orang lain.+ 29  Jangan berkata, “Aku akan memperlakukannya sebagaimana dia memperlakukan aku;Aku akan membalas dendam terhadapnya.”+ 30  Aku lalu di ladang orang malas,+Dan di ladang anggur orang yang kurang pengertian. 31  Aku nampak bahawa tempat itu ditumbuhi lalang;Tanahnya penuh dengan tumbuhan berduri,Dan temboknya telah roboh.+ 32  Aku mengamati dan merenungkan hal itu;Aku memperhatikannya dan mendapat iktibar ini: 33  Tidurlah sekejap, lelapkanlah matamu sejenak,Silangkanlah tanganmu untuk berehat sebentar, 34  Maka kamu akan dilanda kemiskinan yang datang seperti perompak,Dan kamu akan ditimpa kekurangan yang datang seperti orang yang bersenjata.+

Nota Kaki

^ Atau “rumah tangga.”
^ Atau “kejayaan; penyelamatan.”
^ Atau “Rancangan orang bodoh.”
^ Atau “niat hati.”
^ Atau “Orang yang berbuat benar.”
^ Atau “dengan orang yang menuntut perubahan.”
^ Iaitu, Yehuwa dan raja.
^ Atau mungkin, “Menjawab dengan terus terang umpama memberikan ciuman.”