Amsal 18:1-24

  • Orang yang mengasingkan diri—mementingkan diri dan tidak bijak (1)

  • “Nama Yehuwa bagaikan menara yang kukuh” (10)

  • Kekayaan tidak dapat memberikan perlindungan sejati (11)

  • Bijak jika mendengar keterangan dua pihak (17)

  • Sahabat sejati lebih karib daripada saudara kandung (24)

18  Orang yang mengasingkan diri, mementingkan keinginannya sendiri;Orang sedemikian menolak* semua kebijaksanaan.  2  Orang bodoh tidak suka akan pengertian;Dia hanya ingin mengatakan pendapatnya sendiri.+  3  Di mana ada orang jahat, di situ ada kebencian,Dan di mana ada perbuatan yang memalukan, di situ ada kehinaan.+  4  Kata-kata seseorang bagaikan air yang dalam;+ Kebijaksanaan seseorang seperti anak sungai yang mengalir.  5  Tidak baik memihak kepada orang jahat+Atau menghalang orang baik daripada menuntut keadilan.+  6  Pertuturan orang bodoh mengakibatkan pertengkaran,+Dan kata-katanya menyebabkan orang lain ingin memukulnya.+  7  Mulut orang yang tidak berakal membinasakannya,+Dan bibirnya menjadi seperti jerat bagi nyawanya.  8  Kata-kata seorang pemfitnah bagaikan makanan yang enak,+Dan orang menelannya dengan rakus.*+  9  Orang yang malas bekerjaIalah sahabat* orang yang suka merompak.+ 10  Nama Yehuwa bagaikan menara yang kukuh;+ Ke sanalah orang yang baik* berlari dan mendapat perlindungan.+ 11  Bagi orang yang kaya, kemewahannya bagaikan kota yang berkubu;Dia menyangka bahawa* kekayaannya ialah tembok perlindungannya.+ 12  Hati yang angkuh akan menyebabkan seseorang celaka,+Tetapi kerendahan hati akan mendatangkan kemuliaan.+ 13  Orang yang menjawab sebelum mendengar,Bukan sahaja bodoh malah memalukan diri sendiri.+ 14  Semangat dapat membantu seseorang menanggung derita penyakit,+Tetapi jika seseorang patah semangat, dapatkah dia bertahan?+ 15  Orang* yang berpengertian berusaha memperoleh pengetahuan,+Dan orang* yang bijaksana berupaya mencari pengetahuan. 16  Hadiah membuka jalan bagi seseorang;+Dengan hadiah itu, seseorang berpeluang berjumpa dengan orang yang ternama. 17  Orang yang pertama mengemukakan suatu perkara selalu nampaknya benar,+Tetapi kebenaran akan diketahui setelah pihak yang lain datang dan memeriksa perkaranya.+ 18  Membuang undi dapat mengakhiri pertikaian,+Dan dapat menyelesaikan perbalahan antara orang yang berkuasa. 19  Lebih mudah menawan kota yang bertembok daripada mencuba menyenangkan hati saudara yang tersinggung;+Ada pertengkaran yang susah dileraikan, sebagaimana pintu gerbang yang berpalang susah dibuka.+ 20  Kata-kata yang diucapkan membawa kesan yang harus dirasakan;Seseorang akan menuai akibat daripada apa yang diucapkannya.*+ 21  Lidah boleh membawa kematian atau kehidupan;+Sesiapa yang suka bercakap pasti merasakan kesan kata-katanya.+ 22  Orang yang mendapat isteri yang baik,+Mendapat sesuatu yang berharga dan memperoleh perkenan Yehuwa.+ 23  Orang miskin memohon dengan sopan,Tetapi orang kaya menjawab dengan kasar. 24  Ada sahabat-sahabat yang cenderung menghancurkan satu sama lain,+Namun ada sahabat yang lebih karib daripada saudara kandung.+

Nota Kaki

^ Atau “membenci.”
^ Atau “orang terus menelannya ke dalam perut.”
^ Harfiah, “saudara.”
^ Atau “yang berbuat benar.”
^ Atau “Dalam khayalannya.”
^ Harfiah, “Hati orang.”
^ Harfiah, “Dan telinga orang.”
^ Atau “akan berpuas hati dengan hasil ucapan bibirnya.”