Amsal 25:1-28

  • Jangan bongkar hal peribadi orang lain (9)

  • “Kata-kata yang diucapkan tepat pada waktunya” (11)

  • Jangan sering mengunjungi rumah orang (17)

  • Melonggokkan bara di atas kepala musuh (21, 22)

  • Berita baik bagaikan air sejuk (25)

25  Inilah amsal-amsal* Salomo+ yang disalin dan disusun oleh para pegawai Raja Hizkia+ dari Yehuda:  2  Tuhan dimuliakan kerana merahsiakan suatu perkara,+Dan raja-raja dimuliakan kerana memeriksa suatu perkara.  3  Seperti langit yang tinggi dan bumi yang dalam,Demikianlah hati raja tidak dapat diselami.  4  Singkirkanlah kotoran daripada perak,Agar mendapat perak yang murni sepenuhnya.+  5  Usirlah orang yang jahat dari hadirat raja,Lalu keadilan akan mengukuhkan takhtanya.+  6  Jangan meninggikan diri di hadapan raja,+Dan jangan mengambil tempat duduk dalam kalangan orang yang terkemuka,+  7  Kerana lebih baik raja berkata, “Marilah, duduk di sini,” Daripada dia memalukan kamu di hadapan pembesar.+  8  Janganlah tergesa-gesa mengemukakan suatu perkara di mahkamah,Kerana jika orang membuktikan kamu bersalah, apa lagi yang dapat kamu lakukan?+  9  Selesaikanlah perkara itu dengan orang yang berselisih denganmu,+Tetapi jangan bongkar hal peribadinya,*+ 10  Kerana orang yang mendengarnya akan memalukanmu,Dan perkara buruk yang kamu sebarkan* tidak dapat ditarik balik. 11  Kata-kata yang diucapkan tepat pada waktunyaBagaikan buah epal emas di dalam pinggan perak.+ 12  Teguran yang diberikan oleh orang bijak kepada orang yang sudi menerimanyaSeperti anting-anting emas dan perhiasan emas tulen.+ 13  Seorang utusan yang setiaSeperti minuman sejuk pada musim menuai,Kerana dia menyegarkan jiwa tuannya.+ 14  Orang yang bercakap besar bahawa dia hendak memberikan suatu hadiah tetapi tidak pernah memberikannyaUmpama angin dan awan yang tidak menurunkan hujan.+ 15  Kesabaran dapat melembutkan hati orang yang berkuasa,Dan kata-kata yang lembut dapat menawan segala tentangan.*+ 16  Jika kamu menjumpai madu, makanlah setakat yang kamu perlukan,Kerana jika kamu memakan terlalu banyak, nanti kamu muntah pula.+ 17  Janganlah terlalu sering mengunjungi rumah seseorang,Supaya dia tidak berasa jemu terhadapmu dan membencimu. 18  Seperti belantan, pedang, dan anak panah yang tajam,Demikianlah seseorang yang memberikan kesaksian palsu tentang orang lain.+ 19  Mengharapkan seseorang yang tidak dapat dipercayai* pada masa kesusahanBagaikan berjalan dengan kaki yang tempang atau menggigit dengan gigi yang patah. 20  Menyanyikan lagu untuk orang yang pilu hatinya+Bagaikan menanggalkan pakaian pada hari sejuk,Dan bagaikan menuangkan cuka pada garam.* 21  Jika musuh kamu lapar, berilah dia roti untuk dimakan;Jika dia dahaga, berilah dia air untuk diminum.+ 22  Dengan demikian, kamu seperti melonggokkan bara yang bernyala di atas kepalanya,*+Dan Yehuwa akan memberkatimu. 23  Angin utara membawa hujan lebat,Dan umpatan mendatangkan kemarahan.+ 24  Lebih baik tinggal di atas bumbung,Daripada tinggal serumah bersama isteri yang suka bertengkar.*+ 25  Berita baik dari negeri yang jauhBagaikan air sejuk bagi orang yang lelah.+ 26  Orang baik yang menyerah kepada orang jahatIbarat mata air yang berlumpur dan perigi yang sudah dicemari. 27  Memakan terlalu banyak madu tidak baik,+Dan mencari kemuliaan sendiri tidak bagus.+ 28  Seseorang yang tidak dapat mengawal kemarahannyaBagaikan kota yang temboknya telah dimusnahkan.+

Nota Kaki

^ Atau “kata-kata hikmat.”
^ Atau “rahsia orang lain.”
^ Atau “Dan khabar angin yang kamu sebarkan dengan niat jahat.”
^ Harfiah, “Dan lidah yang lembut dapat mematahkan tulang.”
^ Atau mungkin, “tidak setia.”
^ Perkataan Ibrani merujuk kepada bahan kimia yang dikenali sebagai soda.
^ Iaitu, untuk melembutkan hati seseorang dan meredakan kemarahannya.
^ Atau “suka meleter.”