Syarat Penggunaan
Nota kepada Pengguna: Dokumen ini berfungsi sebagai kontrak undang-undang bagi pengguna. Sila lihat juga rencana “Mengapakah kita tidak dibenarkan memaparkan bahan terbitan Saksi-Saksi Yehuwa di laman web peribadi atau di laman sosial?”
Aplikasi berinformasi ini (“Aplikasi” atau “App”) disediakan untuk membantu anda belajar lebih lanjut tentang Tuhan, Bible, dan Saksi-Saksi Yehuwa. Baca, tonton, dan muat turun kandungan yang anda minat. Kami mahu orang lain juga mendapat manfaat daripada Aplikasi ini, tetapi anda tidak dibenarkan untuk menghasilkan semula kandungannya di laman web atau aplikasi lain. Anda boleh berkongsi apa yang telah anda pelajari dengan menggalakkan orang lain untuk memuat turun Aplikasi ini.
Syarat Penggunaan ini (“Perjanjian” ini) merupakan perjanjian undang-undang antara Watchtower Bible and Tract Society of New York, Inc., sebuah perbadanan bukan untung New York (“Watchtower” atau “kami”) dan anda, pengguna (“anda”) Aplikasi ini. Jika dinyatakan dengan jelas selepas ini, peraturan khusus terpakai kepada anda jika anda ialah individu yang mempunyai kediaman di dalam Kesatuan Eropah (EU), Kawasan Ekonomi Eropah (EEA), atau Switzerland (bersama-sama dirujuk sebagai “Negara-Negara yang Ditetapkan”).
Sebarang kemas kini, peningkatan, ciri baharu, dan/atau penambahan kepada Aplikasi adalah tertakluk kepada Perjanjian ini. Perjanjian ini boleh disemak semula, diubah suai, atau ditamatkan pada bila-bila masa oleh kami mengikut budi bicara mutlak kami. Anda secara nyata bersetuju bahawa pengubahsuaian, semakan semula, atau penamatan tersebut mungkin mempunyai kesan material ke atas keupayaan anda untuk menggunakan Aplikasi. Kami akan memberi anda notis mengenai sebarang perubahan material dalam Syarat Penggunaan ini apabila anda memulakan Aplikasi pada masa akan datang. Jika anda tidak menerima versi Syarat Penggunaan yang disemak semula dan/atau diubah suai ini, maka anda tidak akan dibenarkan untuk terus menggunakan Aplikasi.
Kegagalan untuk mematuhi Perjanjian ini (atas budi bicara mutlak kami) secara keseluruhan atau sebahagiannya merupakan pelanggaran material terhadap terma-terma ini dan boleh mengakibatkan penamatan serta-merta akses dan/atau lesen anda untuk menggunakan Aplikasi ini. Anda secara nyata bersetuju bahawa kami boleh menamatkan akses dan/atau lesen anda untuk menggunakan Aplikasi ini atas budi bicara mutlak kami, atas apa-apa sebab atau tanpa sebarang sebab.
ANDA BERSETUJU UNTUK TERIKAT DENGAN TERMA-TERMA PERJANJIAN INI DENGAN MENGKLIK BUTANG “TERIMA” YANG BERKAITAN DENGAN PERJANJIAN INI ATAU DENGAN MEMUAT TURUN, MEMASANG, MENYALIN, ATAU DENGAN CARA LAIN MENGGUNAKAN APLIKASI KAMI. LESEN ANDA UNTUK APLIKASI INI ADALAH TERTAKLUK KEPADA PENERIMAAN AWAL ANDA TERHADAP PERJANJIAN INI. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU UNTUK TERIKAT DENGAN PERUNTUKAN PERJANJIAN INI, ANDA TIDAK BOLEH MEMASANG, MENYALIN, ATAU MENGGUNAKAN APLIKASI INI, DAN ANDA MESTI DENGAN SEGERA MEMADAMKAN SEMUA SALINAN APLIKASI DARIPADA PERANTI ANDA.
1. PEMBERIAN LESEN. Aplikasi ini dilesenkan, bukan dijual, kepada anda untuk digunakan hanya di bawah terma Perjanjian ini. Dengan syarat anda telah mematuhi, dan anda terus mematuhi, semua peruntukan Perjanjian ini, Watchtower dengan ini memberikan anda hak yang boleh dibatalkan sepenuhnya, terhad, tidak boleh dipindah milik, tidak boleh disublesenkan, dan tidak eksklusif untuk mengakses, menggunakan, memasang, melaksanakan, menyimpan, memaparkan, dan menjalankan Aplikasi pada peranti yang anda miliki atau kawal untuk tujuan yang diterangkan dalam Perjanjian ini atau sebaliknya seperti yang mungkin diarahkan atau diterangkan oleh Watchtower secara bertulis. Terma Perjanjian ini akan mengawal selia sebarang naik taraf yang disediakan oleh Watchtower yang menggantikan dan/atau melengkapkan Aplikasi asal, melainkan naik taraf tersebut disertakan dengan lesen yang berasingan, yang mana terma lesen tersebut akan terpakai. Beberapa komponen Aplikasi mungkin juga dikawal selia oleh lesen sumber terbuka yang berkenaan atau lesen pihak ketiga yang lain. Sekiranya berlaku percanggahan antara terma Perjanjian ini dan mana-mana lesen sedemikian, lesen sedemikian akan mengatasi berkenaan dengan komponen tersebut.
2. PENGEKALAN HAK DAN PEMILIKAN; KANDUNGAN PIHAK KETIGA, TANDA DAGANG. Watchtower mengekalkan semua hak berkaitan dengan Aplikasi yang tidak diberikan secara nyata kepada anda dalam Perjanjian ini. Aplikasi ini dilindungi oleh hak cipta dan undang-undang serta perjanjian harta intelek yang lain. Antara anda dan Watchtower, Watchtower memiliki semua hak, hak milik, dan kepentingan dalam dan ke atas Aplikasi. Melainkan dinyatakan sebaliknya, (i) semua kandungan yang terdapat dalam Aplikasi ini dan (ii) semua tanda dagang yang dikaitkan dengan Aplikasi adalah hak milik Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania (“Watch Tower”). Bagi mengelakkan keraguan, semua harta intelek yang dilesenkan daripada pembekal pihak ketiga oleh Watchtower atau Watch Tower dan disertakan dalam Aplikasi akan kekal sebagai hak milik pihak ketiga tersebut. Anda bersetuju untuk tidak membuang, menyembunyikan, atau mengubah suai sebarang notis hak cipta, tanda dagang, atau notis proprietari lain atau pengecam sumber yang terkandung dalam atau dikaitkan dengan Aplikasi (termasuk tetapi tidak terhad kepada yang disenaraikan dalam atribusi lesen sumber terbuka) (“Atribusi”). Kami tidak boleh dan tidak menjamin akses kepada maklumat atau kandungan lain milik mana-mana pihak ketiga yang boleh diakses oleh anda melalui Aplikasi (jika ada).
Adobe, logo Adobe, Acrobat, dan logo Acrobat ialah tanda dagang Adobe Systems Incorporated. iTunes dan iPod ialah tanda dagang Apple Inc. Microsoft, logo Microsoft, dan nama mana-mana perisian dan produk Microsoft, termasuk Microsoft Office dan Microsoft Office 365, ialah tanda dagang Microsoft Inc. Android ialah tanda dagang Google LLC. Robot Android dihasilkan semula atau diubah suai daripada karya yang dicipta dan dikongsi oleh Google dan digunakan menurut syarat yang diterangkan dalam Lesen Atribusi Creative Commons 3.0 (https://creativecommons.org/licenses/by/3.0/us/). Semua tanda dagang dan tanda dagang berdaftar yang lain adalah harta pemilik masing-masing.
3. SEKATAN PENGGUNAAN. Aplikasi ini bertujuan semata-mata untuk kegunaan peribadi anda seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian ini atau seperti yang diarahkan atau dinyatakan oleh Watchtower secara bertulis. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan, dan anda tidak akan membenarkan mana-mana orang lain, secara langsung atau tidak langsung, untuk: (a) menyewa, memajak, meminjamkan, menjual, menjual semula, memindahkan, menyerahkan, mengeluarkan semula, menyalin, menerbitkan, menghantar, mensublesenkan, mengedarkan, mencipta karya terbitan daripada atau sebaliknya menyebarkan, mengeksploitasi atau menyediakan mana-mana bahagian atau keseluruhan Aplikasi, (b) melakukan kejuruteraan songsang, menyahkompil, mengubah suai, mengadaptasi, menterjemah atau menyahhimpun mana-mana bahagian atau keseluruhan Aplikasi termasuk tanpa had mana-mana idea, algoritma atau struktur asasnya, atau menggunakan Aplikasi untuk mencipta aplikasi, program, produk atau perkhidmatan baharu (kecuali seperti dan hanya setakat yang mungkin dibenarkan oleh syarat pelesenan yang mengawal penggunaan mana-mana komponen sumber terbuka yang disertakan dalam Aplikasi), (c) mengalih keluar atau sebaliknya mengubah suai mana-mana tanda dagang, nama dagangan, nama perkhidmatan, grafik, reka bentuk, logo, pengepala halaman, ikon butang, skrip, penandaan komersial, rupa dagangan atau mana-mana hak milik lain yang muncul melalui Aplikasi (termasuk tanpa had tanda dagang “JW” dan “JW.ORG”) atau mana-mana tanda dagang lain, (d) mempamerkan nama, logo, tanda dagang atau pengecam lain bagi mana-mana individu atau entiti dalam cara yang memberikan gambaran kepada penonton bahawa individu atau entiti lain itu ialah penyiar atau pengedar Aplikasi, atau (e) menggunakan, memaparkan, menghantar, atau memperkenalkan mana-mana peranti, perisian atau rutin yang mengganggu atau cuba mengganggu operasi mana-mana aspek Aplikasi, (f) mendaftar, cuba mendaftar, atau membantu sesiapa sahaja untuk mendaftar mana-mana tanda dagang, logo, nama domain, dan ciri jenama tersendiri yang lain, hak cipta, atau hak milik lain yang dikaitkan dengan Watchtower, Watch Tower, atau mana-mana entiti yang bekerjasama dengan mereka; (g) mengalih keluar, mengaburkan, atau mengubah mana-mana notis hak cipta, tanda dagang, atau hak milik lain yang muncul dalam atau pada mana-mana item yang disertakan dalam Aplikasi, (h) menghantar, menyimpan, atau memproses maklumat kesihatan yang tertakluk kepada peraturan HIPAA Amerika Syarikat, atau (i) menggunakan Aplikasi di luar skop lesen yang diberikan dalam Perjanjian ini. Anda hendaklah mematuhi (dan tidak dengan sengaja melanggar) Syarat Perkhidmatan API Google.
Walaupun anda bersetuju untuk mematuhi syarat penggunaan di atas, anda boleh meminta keizinan khusus untuk melakukan kejuruteraan songsang, menyahkompil, mengubah suai, mengadaptasi, menterjemah, atau menyahhimpun mana-mana bahagian atau keseluruhan Aplikasi termasuk tanpa batasan mana-mana idea, algoritma, atau struktur asasnya, atau menggunakan Aplikasi untuk mencipta aplikasi, program, produk, atau perkhidmatan baharu. Watchtower akan memberikan keizinan atas budi bicaranya sendiri. Untuk meminta keizinan khusus ini, sila hubungi Watchtower dengan menghantar e-mel kepada DeveloperSupport@jw.org.
Kegagalan sama ada Watchtower atau anda untuk mendesak pelaksanaan ketat mana-mana peruntukan Perjanjian ini atau kegagalan sama ada Watchtower atau anda untuk melaksanakan apa-apa hak atau remedi yang berhak diperoleh di bawah ini atau di bawahnya tidak akan membentuk penepian terhadapnya dan tidak akan menyebabkan pengurangan kewajipan yang ditetapkan oleh Perjanjian ini. Penepian mana-mana kemungkiran tidak akan membentuk penepian bagi mana-mana kemungkiran yang seterusnya. Tiada penepian mana-mana peruntukan Perjanjian ini akan berkuat kuasa melainkan ia dinyatakan secara nyata sebagai penepian dan dimaklumkan kepada Watchtower atau anda masing-masing oleh pihak yang satu lagi secara bertulis.
4. PENGGUNAAN YANG DIBENARKAN DAN DILARANG BAGI APLIKASI DAN/ATAU KANDUNGAN DALAM APLIKASI.
Tertakluk kepada yang ditetapkan di bawah, anda boleh:
Melihat, memuat turun, dan mencetak gambar, bahan bacaan elektronik, muzik, foto, teks, atau video berhak cipta Watch Tower daripada Aplikasi ini untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial anda.
Berkongsi pautan kepada atau salinan elektronik bagi penerbitan, video, atau program audio yang boleh dimuat turun dalam Aplikasi ini.
Anda tidak boleh dan tidak boleh membenarkan pihak ketiga untuk:
Memaparkan gambar, bahan bacaan elektronik, tanda dagang, muzik, foto, video, atau rencana daripada Aplikasi ini dalam Internet (sama ada laman web, laman perkongsian fail, laman perkongsian video, atau rangkaian sosial).
Mengedarkan gambar, bahan bacaan elektronik, tanda dagang, muzik, foto, teks, atau video daripada Aplikasi ini bersama atau sebagai sebahagian daripada mana-mana aplikasi perisian (termasuk memuat naik bahan-bahan tersebut ke pelayan untuk digunakan oleh aplikasi perisian).
Menghasilkan semula, menduplikasi, menyalin, mengedarkan, atau mengeksploitasi sebarang gambar, logo, bahan bacaan elektronik, tanda dagang, muzik, foto, teks, video, atau sebarang bahan lain dalam Aplikasi ini untuk tujuan komersial atau untuk wang (walaupun tidak melibatkan keuntungan).
Mencipta untuk tujuan pengedaran sebarang aplikasi perisian, alat, atau teknik yang dibuat khusus untuk mengumpul, menyalin, memuat turun, mengekstrak, mengaut, atau mengikis data, HTML, imej, atau teks daripada Aplikasi ini. (Hal ini tidak melarang pengedaran aplikasi percuma dan bukan komersial yang direka untuk memuat turun fail elektronik seperti fail EPUB, PDF, MP3, dan MP4 dari bahagian awam tapak web ini.)
Menyalahgunakan Aplikasi, seperti mengganggu atau mengakses Aplikasi atau perkhidmatannya menggunakan kaedah selain daripada yang disediakan secara jelas.
Menggunakan Aplikasi ini dalam apa-apa cara yang menyebabkan, atau mungkin menyebabkan, kerosakan pada Aplikasi atau menjejaskan ketersediaan atau kebolehcapaian Aplikasi, atau menggunakannya dalam apa-apa cara yang menyalahi undang-undang, haram, berunsur penipuan, atau memudaratkan, atau berkaitan dengan apa-apa tujuan atau aktiviti yang menyalahi undang-undang, haram, berunsur penipuan, atau memudaratkan.
Menggunakan Aplikasi ini atau mana-mana kandungannya, iaitu gambar, bahan bacaan elektronik, tanda dagang, muzik, foto, teks, atau video, untuk sebarang tujuan yang berkaitan dengan pemasaran.
Menggunakan Aplikasi atau mana-mana kandungannya untuk tujuan komersial atau untuk menawarkan penjualan sebarang produk komersial atau yang berikut: bahan terkawal; dadah haram dan barang seludup dadah; senjata; bahan cetak rompak; arahan tentang cara membuat, memasang, atau mendapatkan barangan haram atau senjata untuk menyerang orang lain; maklumat yang digunakan untuk melanggar hak cipta, melanggar tanda dagang, atau memusnahkan harta intelek atau maklumat orang lain; maklumat yang digunakan untuk mencederakan mana-mana orang atau haiwan secara haram; atau pornografi, kebogelan, perkhidmatan pengiring, atau kandungan lain yang dianggap berkaitan dengan orang dewasa.
Menggunakan Aplikasi atau mana-mana kandungannya untuk melanggar atau menggalakkan pelanggaran hak undang-undang orang lain (sebagai contoh, hal ini mungkin termasuk pelanggaran atau penyalahgunaan hak harta intelek orang lain).
Menggunakan Aplikasi untuk menghantar atau mengedarkan virus, cecacing, kuda Trojan, fail yang rosak, berita palsu, atau item lain yang bersifat merosakkan atau memperdaya.
Menggunakan Aplikasi untuk terlibat dalam sebarang aktiviti yang ditentukan oleh kami, atas budi bicara mutlak dan tunggal kami, sebagai menyalahi undang-undang.
Menggunakan Aplikasi untuk menyiarkan, menghantar, memaparkan, atau sebaliknya menyediakan bahasa yang lucah, kesat, berunsur fitnah, mengganggu, kasar, atau mengancam.
Menggunakan Aplikasi atau kandungannya untuk sebarang tujuan yang menyalahi undang-undang, menceroboh, melanggar hak, memfitnah, atau berunsur penipuan (contohnya, ini mungkin termasuk pancingan data, mencipta skim piramid, atau mencerminkan laman web).
Menggunakan Aplikasi untuk menjana, mengedarkan, menerbitkan, atau memudahkan e-mel pukal, promosi, pengiklanan, atau tawaran lain yang tidak diminta (“spam”).
Melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang, mengikut budi bicara mutlak kami, mengganggu, mencampuri, memintas, atau memudaratkan (atau mengancam untuk mengganggu, mencampuri, memintas atau memudaratkan) Aplikasi, operasi kami, atau keupayaan orang lain untuk menggunakan Aplikasi secara berkesan.
Watchtower sama sekali tidak bertanggungjawab atas sebarang penggunaan yang dilarang sedemikian oleh anda atau atas sebarang mesej atau penghantaran yang berunsur gangguan, ancaman, fitnah, menyinggung perasaan, atau menyalahi undang-undang yang mungkin anda terima akibat penggunaan Aplikasi ini.
Sebagai pengguna Aplikasi, anda mesti (i) mematuhi semua undang-undang persekutuan, negeri dan tempatan, dan (ii) mematuhi semua undang-undang hak cipta yang terpakai sebagaimana undang-undang tersebut terpakai kepada muzik, video, permainan, imej, teks dan media lain sama ada dalam penggunaan peribadi mahupun dalam penghasilan maklumat elektronik.
5. PENAMATAN. Perjanjian ini berkuat kuasa sehingga ditamatkan oleh anda atau Watchtower. Hak anda di bawah Perjanjian ini akan tamat secara automatik jika anda gagal mematuhi mana-mana terma atau peruntukannya. Watchtower boleh menamatkan Perjanjian ini dengan anda dan/atau lesen anda untuk menggunakan Aplikasi dengan serta-merta pada bila-bila masa atas apa-apa sebab atau tanpa sebab tanpa liabiliti atau kewajipan kepada anda. Apabila Perjanjian ini ditamatkan, anda hendaklah menghentikan semua penggunaan Aplikasi dan menyahpasang serta memadamkan Aplikasi daripada semua peranti atau media storan lain. Walau apa pun keadaannya, Watchtower tidak akan bertanggungjawab atas penamatan Perjanjian ini atau pelumpuhan akses kepada Aplikasi.
6. MAKLUMAT PERUBATAN
Kandungan Aplikasi ini yang mengandungi sebarang maklumat atau rujukan perubatan (“Maklumat Perubatan”) adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan bukan merupakan nasihat perubatan, serta tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat, diagnosis, atau rawatan perubatan profesional. Maklumat Perubatan tidak mengesyorkan atau menyokong sebarang ujian, doktor, produk, prosedur, pendapat, atau maklumat lain yang khusus yang mungkin disebut dalam Maklumat Perubatan.
Maklumat Perubatan tidak direka, dimaksudkan, atau dibenarkan untuk digunakan berkaitan dengan sebarang keputusan, sistem, atau prosedur perubatan yang menyelamatkan atau mengekalkan nyawa, atau untuk sebarang aplikasi atau tujuan lain. Sentiasa dapatkan nasihat daripada doktor atau penyedia penjagaan kesihatan berkelayakan yang lain untuk sebarang persoalan yang anda mungkin ada mengenai keadaan atau rawatan perubatan. Aplikasi ini tidak menanggung sebarang liabiliti atau tanggungjawab atas sebarang kesilapan atau peninggalan dalam kandungan sebarang Maklumat Perubatan. Kebergantungan pada sebarang Maklumat Perubatan adalah sepenuhnya atas risiko anda sendiri.
7. PENAFIAN WARANTI. PENGGUNAAN APLIKASI INI DAN SEBARANG KANDUNGAN YANG TERDAPAT DALAM APLIKASI INI ADALAH ATAS RISIKO ANDA SENDIRI. APLIKASI INI DISEDIAKAN “SEADANYA,” “SEPERTI YANG TERSEDIA,” DAN DENGAN SEMUA KEKURANGAN. WATCHTOWER DENGAN INI MENAFIKAN SEMUA WARANTI, PERWAKILAN, DAN SYARAT, SAMA ADA TERSURAT, TERSIRAT, ATAU BERKANUN, TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, SEBARANG WARANTI TERSIRAT, TUGAS, ATAU SYARAT KEBOLEHDAGANGAN, KETIDAKPELANGGARAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, KEBOLEHPERCAYAAN ATAU KETERSEDIAAN, KETEPATAN ATAU KELENGKAPAN, KUALITI, KESELAMATAN, KESESUAIAN, PELAKSANAAN KERJA DENGAN KEMAHIRAN YANG SEWAJARNYA, KETIADAAN VIRUS, KETIADAAN KECUAIAN, ATAU BAHAWA APLIKASI INI AKAN BERFUNGSI DALAM CARA TERTENTU ATAU MENGHASILKAN SEBARANG KEPUTUSAN TERTENTU, ATAU SEBALIKNYA YANG TIMBUL DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN APLIKASI INI OLEH ANDA ATAU MANA-MANA ORANG LAIN. WATCHTOWER TIDAK MEMBERIKAN WARANTI TERHADAP GANGGUAN KEPADA KENIKMATAN ANDA TERHADAP APLIKASI INI, BAHAWA FUNGSI YANG TERKANDUNG DALAM, ATAU PERKHIDMATAN YANG DILAKSANAKAN ATAU DISEDIAKAN OLEH, APLIKASI INI AKAN MEMENUHI KEPERLUAN ANDA, BAHAWA OPERASI APLIKASI INI TIDAK AKAN TERGANGGU ATAU BEBAS DARIPADA RALAT, ATAU BAHAWA APLIKASI INI AKAN BEBAS DARIPADA KELEWATAN, KEHILANGAN, SERANGAN, PENGGODAMAN, ATAU PENCEROBOHAN KESELAMATAN YANG LAIN. WATCHTOWER JUGA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS PENYEDIAAN SEBARANG SOKONGAN ATAU SEBARANG PERKHIDMATAN LAIN ATAU KEGAGALAN UNTUK MENYEDIAKAN SOKONGAN ATAU SEBARANG PERKHIDMATAN LAIN BERKAITAN DENGAN ATAU BERHUBUNG DENGAN APLIKASI INI. TERDAPAT RISIKO YANG WUJUD DALAM MEMUAT TURUN DAN MENGGUNAKAN MANA-MANA PERISIAN, DAN WATCHTOWER MEMBERI AMARAN KEPADA ANDA UNTUK MEMASTIKAN BAHAWA ANDA MEMAHAMI SEPENUHNYA RISIKO YANG BERPOTENSI SEBELUM MEMUAT TURUN, MEMASANG, ATAU MENGGUNAKAN APLIKASI INI. WATCHTOWER MAHUPUN MANA-MANA ENTITI YANG BEKERJASAMA DENGAN WATCHTOWER MAHUPUN MANA-MANA PENGARAH, PEGAWAI, SUKARELAWAN, AHLI, PEMBERI LESEN, PEMBEKAL, KONTRAKTOR, EJEN, ATAU WAKIL MEREKA (SECARA KOLEKTIF, “PIHAK WATCHTOWER”) TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEROSAKAN YANG MUNGKIN ANDA ATAU MANA-MANA PIHAK KETIGA ALAMI BERKAITAN DENGAN ATAU BERHUBUNG DENGAN TINDAKAN ANDA MEMUAT TURUN, MEMASANG, MENYAHPASANG, MENGUBAH SUAI, ATAU MENGGUNAKAN APLIKASI INI ATAU SEBARANG KANDUNGAN YANG TERDAPAT DALAM APLIKASI INI.
8. KETERBATASAN LIABILITI. DALAM APA JUA KEADAAN, WATCHTOWER ATAU MANA-MANA PIHAK WATCHTOWER YANG LAIN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS APA-APA KEROSAKAN KHAS, SAMPINGAN, TIDAK LANGSUNG, LANJUTAN, ATAU PUNITIF APA SEKALIPUN, (TERMASUK TANPA HAD ATAS KEHILANGAN KEUNTUNGAN, KEHILANGAN DATA, PERNIAGAAN ATAU NAMA BAIK, ATAU ATAS APA-APA JANGKAAN KEHILANGAN KEUNTUNGAN, PERNIAGAAN ATAU NAMA BAIK, ATAS KEHILANGAN MAKLUMAT SULIT ATAU MAKLUMAT LAIN, ATAS GANGGUAN PERNIAGAAN, ATAS KEGAGALAN UNTUK MEMENUHI APA-APA TANGGUNGJAWAB TERMASUK DENGAN NIAT BAIK ATAU PENJAGAAN YANG MUNASABAH, ATAS KECUAIAN, DAN ATAS APA-APA KERUGIAN KEWANGAN ATAU KERUGIAN LAIN APA SEKALIPUN) YANG TIMBUL DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN APLIKASI OLEH ANDA DAN/ATAU KANDUNGAN YANG TERDAPAT DALAM APLIKASI (ATAU KETIDAKUPAYAAN ANDA UNTUK MENGGUNAKAN APLIKASI DAN/ATAU APA-APA KANDUNGAN YANG TERDAPAT DALAM APLIKASI) ATAU SEBALIKNYA BERHUBUNG DENGAN PERJANJIAN INI. TANPA MENGIRA APA-APA KEROSAKAN ATAU KERUGIAN YANG MUNGKIN ANDA ALAMI ATAS APA JUA SEBAB YANG MELIBATKAN APLIKASI (TERMASUK, TANPA HAD, APA-APA KEROSAKAN ATAU KERUGIAN YANG DINYATAKAN DI SINI), KESELURUHAN LIABILITI PIHAK-PIHAK WATCHTOWER SECARA KOLEKTIF, DAN REMEDI EKSKLUSIF ANDA DI BAWAH PERJANJIAN INI, ADALAH TERHAD KEPADA SERIBU DOLAR A.S. ($1000.00). PERUNTUKAN HAD LIABILITI INI BERTUJUAN UNTUK DIGUNAKAN TANPA MENGIRA SAMA ADA PERUNTUKAN LAIN DALAM PERJANJIAN INI TERBUKTI TIDAK BERKESAN. JIKA ANDA TINGGAL DI “NEGARA-NEGARA YANG DITETAPKAN,” HAD LIABILITI DI BAWAH KLAUSA 8 INI TIDAK AKAN TERPAKAI KEPADA (a) KEROSAKAN YANG SECARA LANGSUNG DISEBABKAN OLEH KECUAIAN MELAMPAU ATAU SALAH LAKU YANG DISENGAJAKAN OLEH WATCHTOWER DAN/ATAU (b) KECEDERAAN TERHADAP NYAWA, TUBUH BADAN ATAU KESIHATAN.
9. INDEMNITI. Anda hendaklah menanggung rugi, membela dan melepaskan Watchtower dan setiap Pihak Watchtower yang lain daripada tanggungan terhadap apa-apa dan semua tuntutan, tindakan, guaman, dan permintaan serta apa-apa dan semua kerugian, liabiliti, ganti rugi, perbelanjaan, dan kos yang terhasil, termasuk tanpa had fi dan perbelanjaan peguam yang munasabah, yang timbul berkaitan dengan atau yang berkaitan dengan penggunaan Aplikasi oleh anda dan/atau apa-apa kandungan yang terkandung dalam Aplikasi, termasuk tetapi tidak terhad kepada (a) pelanggaran Perjanjian ini oleh anda, termasuk penggunaan Aplikasi oleh anda dalam apa-apa cara yang tidak dibenarkan secara nyata di bawah Perjanjian ini, (b) kecuaian atau salah laku anda, (c) pelanggaran mana-mana undang-undang atau peraturan oleh anda, (d) apa-apa representasi dan waranti yang dibuat oleh anda mengenai apa-apa aspek Aplikasi dan/atau kandungan dalam Aplikasi, (e) apa-apa tuntutan berkenaan dengan perbuatan atau peninggalan mana-mana pihak ketiga berkaitan dengan Aplikasi dan/atau kandungan dalam Aplikasi, atau (f) apa-apa tuntutan yang dibuat oleh atau bagi pihak mana-mana pihak ketiga yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan penggunaan Aplikasi oleh anda dan/atau kandungan dalam Aplikasi.
10. LESEN UNTUK KANDUNGAN DAN INDEMNITI. Anda dengan nyata menyatakan dan menjamin bahawa anda mempunyai hak dan/atau lesen untuk memaparkan apa-apa dan semua Kandungan (seperti yang ditakrifkan di bawah) yang dipaparkan oleh anda melalui penggunaan Aplikasi. “Kandungan” bermaksud apa-apa dan semua maklumat yang diberikan oleh anda berkaitan dengan penggunaan Aplikasi oleh anda, termasuk tanpa had maklumat, kandungan, data, mesej, teks, fail, imej, video, bunyi, bahan lain, dan apa-apa perkara di atas yang diberikan oleh anda. Anda menyatakan dan menjamin bahawa Kandungan yang diberikan oleh anda dan penggunaan Kandungan tersebut oleh kami tidak akan melanggar atau menyalahgunakan apa-apa paten, hak cipta, tanda dagang, rahsia perdagangan, atau hak harta intelek lain milik mana-mana pihak ketiga.
Anda dengan ini memberikan kami hak dan lesen yang kekal, tidak boleh dibatalkan, di seluruh dunia, tidak eksklusif, dan bebas royalti untuk menggunakan, mengehos, menyimpan, mengubah suai, menyalin, mengedarkan, menyampaikan, menerbitkan, menghantar, memaparkan secara awam, mempersembahkan secara awam, mengeluarkan semula, mengedit, menterjemah, dan memformat semula Kandungan tersebut dan untuk menyediakan karya terbitan daripada Kandungan tersebut. Anda bersetuju untuk membela kami dan mana-mana Pihak Watchtower dengan kos dan perbelanjaan anda sendiri, terhadap semua tindakan, guaman, dan prosiding lain oleh sesuatu pihak terhadap mana-mana Pihak Watchtower yang mendakwa pelanggaran mana-mana paten, hak cipta, tanda dagang, rahsia perdagangan, atau hak lain atau pencabulan mana-mana lesen atau hak harta intelek yang lain, berdasarkan Kandungan yang disediakan oleh anda; dan anda bersetuju untuk menanggung rugi dan melindungi Pihak Watchtower daripada dan terhadap semua penghakiman, kerugian, liabiliti, ganti rugi, kos, dan perbelanjaan (termasuk tanpa had, yuran peguam yang munasabah dan perbelanjaan peguam) yang timbul daripada atau ditanggung berkaitan dengan pelanggaran tersebut. Anda faham bahawa anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua Kandungan yang dipaparkan pada, dihantar melalui, atau dipautkan daripada Aplikasi. Anda mengakui bahawa kami tidak menapis awal atau meluluskan Kandungan tetapi kami berhak (namun tidak diwajibkan) mengikut budi bicara mutlak kami untuk menolak, memadamkan, atau memindahkan mana-mana Kandungan yang melanggar Perjanjian ini atau atas apa-apa sebab lain.
11. EKSPORT. Anda tidak boleh menggunakan atau sebaliknya mengeksport atau mengeksport semula Aplikasi atau mana-mana kandungannya kecuali seperti yang dibenarkan oleh undang-undang Amerika Syarikat dan undang-undang bidang kuasa di mana Aplikasi tersebut diperoleh. Khususnya, tetapi tanpa had, Aplikasi tidak boleh dieksport atau dieksport semula (a) ke mana-mana negara yang dikenakan embargo oleh A.S. atau (b) kepada sesiapa sahaja dalam Senarai Warganegara yang Ditetapkan Khusus Jabatan Perbendaharaan A.S. atau Senarai Orang yang Ditolak atau Senarai Entiti Jabatan Perdagangan A.S. Anda juga bersetuju bahawa anda tidak akan menggunakan Aplikasi untuk sebarang tujuan yang dilarang oleh undang-undang.
12. PRIVASI. Terma yang mengawal selia pengendalian maklumat pengenalan peribadi dan maklumat lain yang diserahkan oleh anda sehubungan dengan Aplikasi diterangkan dalam Dasar Privasi Aplikasi ini.
13. UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL SELIA; PEMFAILAN TUNTUTAN TEPAT PADA MASANYA. Perjanjian ini akan dikawal selia dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Negeri New York, tidak termasuk prinsip pilihan undang-undang New York, dan semua tuntutan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Perjanjian ini, atau pelanggarannya, sama ada dalam bentuk kontrak, tort atau sebaliknya, juga akan dikawal selia oleh undang-undang Negeri New York, tidak termasuk prinsip pilihan undang-undang New York. Jika anda tinggal di “Negara-negara yang Ditetapkan,” anda juga boleh memilih undang-undang yang mengawal selia dan mahkamah di negara tempat tinggal anda untuk digunakan pada sebarang pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan terma-terma ini. Dikecualikan secara khusus daripada pemakaian pada Perjanjian ini ialah undang-undang yang dikenali sebagai Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Jualan Barang Antarabangsa. ANDA BERSETUJU BAHAWA TANPA MENGIRA SEBARANG STATUT ATAU UNDANG-UNDANG YANG SEBALIKNYA, SEBARANG TUNTUTAN, GUAMAN, ATAU TINDAKAN YANG MUNGKIN ANDA ADA TERHADAP MANA-MANA PIHAK WATCHTOWER YANG TIMBUL DI BAWAH ATAU BERKAITAN DENGAN PERJANJIAN INI MESTILAH DIBAWA DALAM TEMPOH ENAM (6) BULAN SELEPAS TARIKH BERLAKUNYA ATAU DIDAKWA BERLAKUNYA PERISTIWA YANG MENJADI ASAS KEPADA TUNTUTAN TERSEBUT.
14. HAL LAIN. Perjanjian ini, Dasar Privasi untuk Aplikasi, dan Atribusi serta sebarang arahan bertulis lain yang berkaitan dengan Aplikasi yang disediakan oleh Watchtower membentuk keseluruhan perjanjian antara anda dan Watchtower berkaitan dengan Aplikasi, dan ia menggantikan semua komunikasi, cadangan, dan perwakilan lisan atau bertulis yang terdahulu atau serentak berkenaan dengan Aplikasi atau sebarang perkara lain yang diliputi oleh Perjanjian ini. Watchtower akan dikecualikan daripada pelaksanaan dalam Perjanjian ini setakat mana pelaksanaan dihalang, ditangguhkan, atau disekat oleh sebab-sebab di luar kawalan munasabahnya. Jika mana-mana peruntukan Perjanjian ini didapati terbatal, tidak sah, tidak boleh dikuatkuasakan, atau menyalahi undang-undang, semua peruntukan lain dalam Perjanjian ini akan terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya. Watchtower boleh menyerahkan hak atau sebaliknya memindahkan Perjanjian ini kepada mana-mana entiti yang bekerjasama dengannya. Kegagalan Watchtower pada bila-bila masa untuk menghendaki pelaksanaan oleh anda bagi mana-mana peruntukan Perjanjian ini sama sekali tidak akan menjejaskan hak Watchtower untuk menguatkuasakan peruntukan tersebut, dan penepian oleh Watchtower terhadap sebarang pelanggaran mana-mana peruntukan Perjanjian ini tidak boleh dianggap atau ditafsirkan sebagai penepian bagi sebarang pelanggaran selanjutnya terhadap peruntukan yang sama.

