Pengenalan
TUJUAN BAHAN INI
Tuhan Yehuwa menggalakkan umat-Nya untuk “terus mencari” pemahaman dan daya penilaian seperti mencari “harta terpendam.” (Ams. 2:1-5) Untuk berbuat demikian, kita perlu curahkan banyak usaha agar mendapat jawapan kepada soalan yang berkaitan dengan topik Bible atau kehidupan kita. Panduan Penyelidikan disediakan khas untuk membantu anda.
Bahan ini tidak mengandungi semua topik yang pernah dibincangkan dalam bahan terbitan Saksi-Saksi Yehuwa. Meskipun demikian, topik yang terdapat dalam bahan ini mengandungi rujukan terkini yang diambil daripada bahan bercetak, video, dan rencana di jw.org.
CARA MENGGUNAKANNYA
Bahan rujukan digolongkan dalam dua kategori. Yang pertama ialah subjek. Tajuk utama disenaraikan mengikut urutan huruf. Dalam sesetengah tajuk utama ada tajuk kecil. Dalam tajuk kecil mungkin ada lagi tajuk kecil yang lebih spesifik. Contohnya, jika anda cari DAUD (Raja) › PENGAJARAN › KEKHUATIRAN, anda akan jumpa bahan rujukan berdasarkan kisah Daud yang ada pengajaran tentang topik kekhuatiran.
Kategori kedua ialah ayat Bible. Anda dapat mencari maklumat tentang ayat Bible tertentu. Hanya sesetengah ayat Bible yang ada penjelasan khusus mengenainya akan disenaraikan.
Untuk maklumat lanjut, tonton video Cara untuk Guna “Panduan Penyelidikan” dengan Berkesan di jw.org.
Masa dan usaha diperlukan untuk mencari harta yang terpendam. Teruslah bersabar dan gigih semasa mencari bimbingan atau jawapan kepada soalan anda. Semakin kerap anda menggunakan Panduan Penyelidikan, semakin mudah untuk mendapat maklumat yang dicarikan. Anda juga akan semakin menikmatinya. Yehuwa pasti memberkati usaha anda dan membantu anda memperoleh kebijaksanaan dan pengertian.—Ams. 2:6; 4:5.

