EPISOD 3
“Akulah Dia”
(Tempoh video: 39:40)
Yesus mengajar Nikodemus, wanita Samaria, dan penduduk Nasaret. Ada yang mempercayainya, tetapi ada juga yang tidak. Episod ini mengandungi kisah-kisah berikut:
Yesus jelaskan kepada Nikodemus tentang orang yang dilahirkan daripada air dan kuasa suci Tuhan (Yohanes 3:1-13)
Anak Manusia akan digantungkan sepertimana ular digantungkan pada tiang di padang belantara (Yohanes 3:14, 15)
Tuhan tidak mengutus Anak tunggal-Nya untuk menghakimi dunia, tetapi untuk menyelamatkannya (Yohanes 3:16-21)
Kesaksian terakhir Yohanes tentang Yesus (Yohanes 3:22-30)
Orang yang beriman kepada Anak yang datang dari syurga akan meraih kehidupan kekal (Yohanes 3:31-36)
Yohanes dipenjarakan (Markus 6:17-20; Matius 4:12; 14:3-5; Lukas 3:19, 20)
Yesus penat lalu duduk di tepi perigi Yakub di Sikhar, Samaria (Yohanes 4:1-6)
Yesus mula bercakap kepada seorang wanita Samaria (Yohanes 4:7-15)
Yesus mengajar wanita Samaria tentang ibadat sejati (Yohanes 4:16-24)
Yesus beritahu wanita Samaria bahawa dialah Mesias (Yohanes 4:25, 26)
Wanita Samaria memberikan kesaksian kepada orang lain (Yohanes 4:27-30)
Yesus berkata bahawa melakukan kehendak Tuhan adalah seperti makanan baginya; dia bercakap tentang penuaian kiasan (Yohanes 4:31-38)
Banyak orang Samaria percaya bahawa Yesus ialah “penyelamat dunia” (Yohanes 4:39-42)
Yesus mula kerja penyebarannya di Galilea (Yohanes 4:43-45; Markus 1:14, 15; Matius 4:17; Lukas 4:14, 15)
Yesus menyembuhkan anak seorang pegawai di Kana, Galilea (Yohanes 4:46-54)
Yesus tidak diterima di Nasaret (Lukas 4:16-30)
Yesus pergi ke Kapernaum (Matius 4:13-16)
Yesus melakukan mukjizat lalu banyak ikan ditangkap; dia jemput murid-muridnya yang pertama (Lukas 5:1-11; Matius 4:18-22; Markus 1:16-20)

