EPISOD 2
“Inilah Anak-Ku”
(Tempoh video: 52:46)
Yohanes Pembaptis mengumumkan kedatangan Mesias. Yesus memulakan kerja penyebarannya. Episod ini mengandungi kisah-kisah berikut:
Yohanes Pembaptis memulakan kerja penyebarannya (Lukas 3:1, 2; Yohanes 1:6)
Yohanes memberikan kesaksian tentang cahaya itu (Yohanes 1:7, 8)
Perkhabaran Yohanes tentang pembaptisan (Matius 3:1-12; Lukas 3:3-18; Markus 1:1-8)
Pembaptisan Yesus (Matius 3:13-17; Markus 1:9-11; Lukas 3:21, 22)
Yesus dipimpin oleh kuasa suci Tuhan ke padang belantara (Markus 1:12, 13; Matius 4:1; Lukas 4:1, 2)
Salasilah Yesus Kristus (Lukas 3:23-38; Matius 1:1-17)
Yesus menolak godaan Iblis (Matius 4:2-11; Lukas 4:3-13)
Yohanes kata bahawa dia bukanlah Kristus tetapi dia ialah orang yang berseru di padang belantara (Yohanes 1:19-28)
Yohanes memperkenalkan Yesus kepada orang lain dan kata bahawa Yesuslah “Anak Bebiri Tuhan” (Yohanes 1:29-31)
Yohanes memberikan kesaksian bahawa kuasa suci Tuhan turun ke atas Yesus serta menubuatkan pembaptisan dengan kuasa suci Tuhan (Yohanes 1:32-34)
Murid-murid Yohanes mengikut Yesus (Yohanes 1:35-39)
Andreas membawa saudara kandungnya Petrus kepada Yesus (Yohanes 1:40-42)
Filipus dan Natanael menjadi pengikut Yesus (Yohanes 1:43-51)
Yesus menukar air menjadi wain semasa majlis perkahwinan di Kana di Galilea (Yohanes 2:1-12)
Yesus menyucikan Rumah Tuhan di Yerusalem buat kali pertama (Yohanes 2:13-17)
Yesus beritahu orang Yahudi yang menentangnya bahawa dia akan membina Rumah Tuhan dalam masa tiga hari (Yohanes 2:18-22)
Banyak orang beriman kepada Yesus kerana mukjizat yang dilakukannya (Yohanes 2:23-25)

