Yesaya 9:1-21

  • Cahaya yang gemilang menyinari tanah Galilea (1-7)

    • Kelahiran “Pemimpin Kedamaian” (6-7)

  • Tuhan menentang umat Israel (8-21)

9  Namun, kegelapan yang menimpa negeri ini tidak akan seteruk kesusahan yang berlaku ketika tanah Zebulun dan tanah Naftali dipandang hina.+ Pada masa depan, Tuhan akan mendatangkan kemuliaan kepada tempat-tempat yang dipandang hina itu—jalan di tepi laut, kawasan Sungai Yordan, Galilea yang didiami bangsa-bangsa lain.  2  Orang yang berjalan dalam kegelapanTelah melihat cahaya yang gemilang. Orang yang tinggal di negeri yang gelap-gelitaTelah disinari cahaya.+  3  Ya Tuhan, Engkau telah membuat bangsa ini bertambah banyak;Engkau telah memberi mereka sukacita yang besar. Mereka bergembira di hadapan-Mu,Seperti orang yang bersukacita semasa menuai hasil tanaman,Dan seperti orang yang bergembira semasa membahagi-bahagikan barang jarahan.  4  Engkau telah menghancurkan kuk* yang membebankan mereka dan mematahkan kayu yang digunakan untuk memukul bahu mereka.Engkau memusnahkan tongkat yang dipegang oleh pengawas abdi mereka,Sebagaimana Engkau mengalahkan orang Midian pada masa dahulu.+  5  Kasut para askar yang menggegarkan bumi ketika mereka berkawadDan semua pakaian mereka yang berlumuran darahAkan musnah dijilat api.  6  Seorang anak telah dilahirkan bagi kita;+Seorang anak lelaki telah dikurniakan kepada kita.Dia akan memikul tugas sebagai pemerintah.+ Dia akan dipanggil Penasihat Bijaksana,+ Tuhan yang Berkuasa,*+ Bapa Kekal, dan Pemimpin Kedamaian.  7  Kekuasaannya sebagai pemerintah akan terus bertambah;Pemerintahannya akan membawa kedamaian yang tidak berkesudahan.+Dia akan duduk di atas takhta Daud+ untuk memerintah.Dia akan mengukuhkan+ dan menguatkan kerajaannyaBerdasarkan keadilan+ dan kebaikan,+Dari sekarang hingga selama-lamanya. Yehuwa, ketua angkatan syurga, akan melaksanakan hal ini dengan semangat yang membara.  8  Yehuwa telah memberikan amaran kepada keturunan Yakub,Dan perkhabaran-Nya telah disampaikan kepada orang Israel.+  9  Semua orang akan mendengar amaran itu.Sesungguhnya, orang Efraim dan penduduk Samaria akan mendengarnya.Dengan sombong dan tinggi hati, mereka berkata, 10  “Bangunan-bangunan yang diperbuat daripada batu bata telah roboh,Tetapi kami akan membina bangunan yang diperbuat daripada batu yang dipahat.+ Pokok-pokok ara telah ditebang,Tetapi kami akan menggantikannya dengan pokok sedar.” 11  Yehuwa akan menggerakkan musuh-musuh Rezin untuk menyerang mereka.Dia akan mendorong musuh orang Israel untuk bertindak. 12  Bangsa Siria akan datang dari timur dan bangsa Filistin akan datang dari barat.+Bangsa-bangsa itu akan mengangakan mulut untuk menelan Israel.+ Namun, kemurkaan Tuhan belum reda kerana mereka begitu jahat.Maka, Dia masih akan menghulurkan tangan-Nya untuk menghukum mereka.+ 13  Meskipun umat ini dihukum oleh Tuhan, mereka tidak kembali kepada-Nya;Mereka tidak mencari Yehuwa, ketua angkatan syurga.+ 14  Dalam masa sehari Yehuwa akan bertindak.Dia akan memotong kepala dan ekor serta tunas dan rumput tinggi* di Israel.+ 15  Para pemimpin yang terhormat ialah kepala,Dan nabi yang memberikan ajaran sesat ialah ekor.+ 16  Para pemimpin telah menyesatkan rakyat;Mereka telah menyebabkan rakyat keliru. 17  Seluruh umat ini murtad dan jahat;+Mereka semua mengucapkan kata-kata yang bodoh.Oleh itu, Yehuwa tidak akan menyukai orang muda mereka,Dan Dia tidak akan berbelas kasihan terhadap anak yatim dan balu mereka. Namun, kemurkaan-Nya belum reda kerana mereka begitu jahat.Maka, Dia masih akan menghulurkan tangan-Nya untuk menghukum mereka.+ 18  Kejahatan mereka bagaikan api yang menyala,Yang menghanguskan lalang dan semak berduri. Belukar di hutan turut terbakar,Sehingga asap naik berkepul-kepul. 19  Oleh sebab Yehuwa, ketua angkatan syurga, sangat murka,Negeri ini dibakar,Dan penduduknya menjadi bahan api. Tiada seorang pun yang akan mengasihani saudaranya. 20  Mereka akan memotong apa-apa sahaja yang berada di sebelah kanan mereka untuk dimakan,Tetapi mereka masih akan lapar.Mereka akan memotong apa-apa sahaja yang berada di sebelah kiri mereka untuk dimakan,Tetapi mereka masih tidak akan puas. Orang akan memakan daging lengan sendiri; 21  Orang Manasye akan membaham orang Efraim,Dan orang Efraim akan membaham orang Manasye. Mereka akan bersama-sama menyerang Yehuda.+ Namun, kemurkaan Tuhan belum reda kerana mereka begitu jahat.Maka, Dia masih akan menghulurkan tangan-Nya untuk menghukum mereka.+

Nota Kaki

^ Lihat Kamus.
^ Istilah “Tuhan yang Berkuasa” diterjemahkan daripada perkataan ʼEl Gib·bohrʹ. Perkataan ini berbeza daripada ʼEl Shad·daiʹ yang diterjemahkan sebagai “Tuhan Yang Maha Kuasa,” seperti yang terdapat di Kej 17:1.
^ Atau mungkin, “serta dahan pokok palma dan mensiang.”