Yesaya 20:1-6

  • Tanda untuk Mesir dan Etiopia (1-6)

20  Raja Sargon, iaitu raja Assyria, telah mengutus ketua tentera* Assyria untuk menyerang Asdod.+ Pada tahun Asdod diserang dan ditawan,+ 2  Yehuwa berfirman kepada Yesaya+ anak Amoz, “Tanggalkanlah kain guni dari pinggangmu, dan tanggalkanlah kasutmu.” Yesaya pun berbuat demikian. Dia berjalan telanjang* dan tidak berkasut. 3  Yehuwa berfirman, “Hamba-Ku Yesaya telah berjalan telanjang dan tidak berkasut selama tiga tahun sebagai suatu tanda+ dan amaran kepada Mesir+ dan Etiopia.*+ 4  Semasa raja Assyria membawa tawanan dari Mesir+ dan Etiopia, mereka semua, tua dan muda, akan berjalan telanjang dan tidak berkasut, dengan punggung mereka kelihatan. Sesungguhnya, Mesir akan dimalukan. 5  Orang yang berharap kepada Etiopia dan membanggakan Mesir akan berasa takut dan malu. 6  Pada masa itu, penduduk di kawasan pantai akan berkata, ‘Kita melarikan diri kepada bangsa-bangsa itu dan berharap agar mereka menolong kita dan menyelamatkan kita daripada raja Assyria, tetapi lihatlah apa yang telah berlaku kepada mereka! Bagaimanakah kita akan selamat sekarang?’”

Nota Kaki

^ Atau “Tartan.”
^ Atau “berjalan dengan memakai jubah dalam sahaja.”
^ Atau “Habsyah.”