Yesaya 53:1-12

  • Penderitaan, kematian, dan pengebumian, hamba Yehuwa (1-12)

    • Dipandang hina dan ditolak (3)

    • Menanggung penyakit dan penderitaan (4)

    • “Seperti seekor bebiri, dia dibawa untuk disembelih” (7)

    • Dia menanggung dosa banyak orang (12)

53  Siapakah yang mempercayai perkhabaran yang kami sampaikan?*+ Kepada siapakah kuasa* Yehuwa+ disingkapkan?+  2  Hamba itu akan muncul di hadapan semua,* seperti tunas yang tumbuh+ dan seperti akar yang keluar daripada tanah yang gersang. Dia tidak mempunyai kemuliaan atau rupa yang menawan;+Semasa kami memandangnya, kami tidak tertarik dengan paras rupanya.*  3  Dia dipandang hina dan ditolak.+Dia memahami rasanya menderita dan jatuh sakit. Mukanya seolah-olah tersembunyi daripada kami.* Dia dipandang rendah, dan kami juga tidak mempedulikannya.+  4  Kami menyangka bahawa hukuman, penderitaan, dan kesusahan yang menimpanya, datang daripada Tuhan.Tetapi sebenarnya, dia telah menanggung penyakit kami+ Dan memikul penderitaan kami.+  5  Dia ditusuk+ kerana dosa kami;+Dia diseksa kerana kesalahan kami.+ Dia menanggung hukuman supaya kami mendapat kedamaian.+Dia dilukai supaya kami disembuhkan.+  6  Dahulu kami seperti biri-biri yang sesat,+Yang mengikut jalan masing-masing.Tetapi Yehuwa telah membuat hamba itu menanggung kesalahan kami semua.+  7  Semasa dia diseksa+ dan ditindas,+Dia tidak membuka mulutnya. Seperti seekor bebiri, dia dibawa untuk disembelih;+Seperti bebiri betina yang tidak bersuara semasa bulunya digunting,Dia juga tidak membuka mulutnya.+  8  Dia ditindas dan dibawa pergi tanpa diadili dengan saksama;Tiada seorang pun yang mengambil peduli akan butiran tentang asal usulnya.* Dia dipukul* kerana dosa bangsaku,+Dan dia dilenyapkan dari negeri orang hidup.+  9  Meskipun dia tidak melakukan dosaDan tidak mengucapkan kata-kata dusta,+Dia dikuburkan bersama orang jahat+Dan dikebumikan bersama orang kaya.+ 10  Tetapi Yehuwa mengizinkannya dianiaya dan disakiti. Tuhan menjadikan nyawanya sebagai korban ganti rugi,+Supaya dia panjang umur dan dapat melihat keturunannya.+Melaluinya, apa yang dikehendaki oleh* Yehuwa akan terlaksana.+ 11  Apabila dia melihat hasil penderitaannya, dia akan berasa puas. “Hamba-Ku yang Aku perkenankan+ akan menggunakan pengetahuannyaUntuk membantu banyak orang mendapat perkenan-Ku.+Dia juga akan menanggung kesalahan mereka.+ 12  Aku akan memberinya ganjaran bersama orang ramai,Dan dia akan membahagi-bahagikan jarahan bersama orang yang perkasa,Kerana dia menyerahkan nyawanya*+Dan dipandang sebagai pendosa;+Dia menanggung dosa banyak orang+Dan membuat permohonan bagi pihak para pendosa.+

Nota Kaki

^ Atau mungkin, “yang kami dengar?”
^ Harfiah, “lengan.”
^ “Semua” boleh merujuk kepada Tuhan atau orang yang melihat hamba itu.
^ Atau “Paras rupanya tidak istimewa dan tidak membuat kami mengingininya.”
^ Atau mungkin, “Semua orang enggan memandangnya.”
^ Atau “mengambil peduli tentang cara hidupnya.”
^ Atau “dipukul sampai mati.”
^ Atau “apa yang menyenangkan hati.”
^ Harfiah, “dia mencurahkan jiwanya sehingga mati.”