Yesaya 25:1-12

  • Umat Tuhan diberkati secara berlimpah-limpah (1-12)

    • Yehuwa menyediakan wain yang terbaik (6)

    • Tiada lagi kematian (8)

25  Ya Yehuwa, Engkaulah Tuhanku. Aku akan mengagungkan Engkau dan memuji nama-Mu,Kerana Engkau telah melakukan hal-hal yang mengagumkan.+Engkau setia+ dan dapat dipercayai;Engkau pasti melaksanakan tujuan yang telah Engkau tetapkan sejak purbakala.+  2  Engkau merobohkan menara orang asingDan membuat kubu-kubu mereka menjadi reruntuhan. Engkau menyebabkan kota mereka menjadi timbunan batu,Yang tidak akan dibina semula.  3  Itulah sebabnya Engkau akan dipuji oleh bangsa yang perkasaDan ditakuti di kota bangsa-bangsa yang kejam.+  4  Engkau menjadi kubu bagi orang yang lemahDan kubu bagi orang miskin yang menghadapi kesusahan.+ Engkau ialah tempat perlindungan daripada ributDan tempat bernaung daripada panas terik.+ Biarpun kemarahan orang yang zalim seperti ribut yang menghentam dinding,  5  Dan seperti panas terik di tanah yang tandus,Engkau membungkam orang asing yang riuh-rendah. Sebagaimana bayang-bayang awan menghilangkan panas terik,Engkau membungkam orang yang kejam supaya mereka tidak bernyanyi lagi.  6  Di gunung-Nya,+ Yehuwa, ketua angkatan syurga, akan menyediakan jamuan bagi semua bangsa.+Dia akan menghidangkan makanan yang terbaikDan makanan yang paling bermutu.*Dia juga akan menyediakan wain pilihan,Iaitu wain terbaik yang ditapis.  7  Di gunung itu, Dia akan menghapuskan kain yang menyelubungi semua orangDan menyingkirkan selubung yang menutupi segala bangsa.  8  Dia akan melenyapkan* kematian buat selama-lamanya.+Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, akan menghapuskan air mata daripada setiap wajah+ Dan menghilangkan kehinaan yang ditanggung oleh umat-Nya di serata bumi.Hal itu pasti akan berlaku kerana Yehuwa sendiri telah berfirman tentangnya.  9  Pada masa itu, mereka akan berkata, “Lihatlah! Dialah Tuhan kita!+ Kita berharap kepada-Nya,+Dan Dia akan menyelamatkan kita.+ Dialah Yehuwa! Kita bergantung pada-Nya. Marilah kita bergembira dan bersukacita kerana Dia menyelamatkan kita.”+ 10  Yehuwa akan melindungi gunung itu+ dengan tangan-Nya,*Tetapi orang Moab akan dipijak-pijak di negeri mereka sendiri,+Seperti jerami yang dipijak-pijak di atas timbunan baja. 11  Dia akan merentangkan tangan-Nya untuk memukul Moab,Seperti seorang perenang yang merentangkan tangannya untuk memukul air semasa berenang.Dengan gerakan tangan-Nya yang tangkas,Dia akan merendahkan Moab yang angkuh.+ 12  Dia akan merobohkan kota Moab yang berkubuDan meruntuhkan tembok pertahanannya yang tinggi.Semua itu akan dibinasakan dan menjadi seperti debu di tanah.

Nota Kaki

^ Atau “makanan terbaik yang penuh dengan sumsum tulang.”
^ Harfiah, “menelan.”
^ Atau “Yehuwa akan meletakkan tangan-Nya di atas gunung itu.”