Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

JW LANGUAGE

Soalan Lazim​—JW Language (iOS)

Soalan Lazim​—JW Language (iOS)

Sesetengah bahasa, seperti bahasa Thai, menggunakan ruangan yang lebih besar di bahagian atas dan bawah untuk setiap abjad, serta mempunyai tanda vokal yang lebih menonjol. Ada kalanya, iOS tidak dapat memaparkan huruf-huruf itu dengan tepat.

 

JW Language dapat digunakan dalam alat-alat berikut:

  • iPhone 4S dan yang lebih baharu (iOS 8.0 atau yang lebih baharu)

  • iPod Touch generasi ke 5 dan yang lebih baharu (iOS 8.0 atau yang lebih baharu)

  • iPad 2 dan yang lebih baharu (iOS 8.0 atau yang lebih baharu)

  • iPad Mini 2 dan yang lebih baharu (iOS 8.0 atau yang lebih baharu)

  • iPad Pro (iOS 9.0 atau yang lebih baharu)

Sokongan tidak dirancang untuk alat-alat berikut:

  • iPad 1

  • iPhone 4 dan yang sebelumnya

 

  • Dalam versi JW Language yang sebelumnya, bunyi audio tidak dapat didengar jika deringan pada alat mudah alih dimatikan. Sila kemas kini aplikasi JW Language pada alat mudah alih supaya anda mempunyai versi terkini.

  • Periksa jika anda telah matikan bunyi dengan menekan butang senyap dalam aplikasi tersebut. Kemudian, hidupkan bunyi.

  • Pastikan bahawa bunyi alat mudah alih anda telah diselaraskan pada tahap yang dikehendaki.

 

Di Halaman Utama di bar menu utama, tekan Tetapan, kemudian tekan ikon bersebelahan Tetapan Kelajuan Audio untuk memilih antara tiga kelajuan audio.

 

Audio dalam ciri Tatabahasa menggunakan ciri teks-ke-ucapan dalam alat elektronik anda. Tetapan asal iOS menggunakan audio yang berkualiti rendah untuk teks-ke-ucapan (TTS, text-to-speech). Anda boleh memuat turun audio yang lebih baik untuk TTS. Dalam Aplikasi Tetapan alat elektronik anda, pergi ke Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver > Pertuturan. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://support.apple.com/en-us/HT202362.

 

Bahasa utama anda ialah bahasa yang anda fasih. Selepas aplikasi ini dimuat turun, tekan Bahasa Utama untuk memilih bahasa utama anda.

Lihat juga: Bagaimanakah saya dapat tukar bahasa utama?

 

Tekan Tetapan pada menu utama, dan pilihlah bahasa yang anda inginkan pada bahagian Bahasa Utama.

 

Bahasa yang ingin anda pelajari merupakan bahasa yang anda berhasrat untuk belajar. Setelah memuat turun aplikasi ini, anda akan diminta untuk memilih bahasa yang ingin dipelajari.

Lihat juga: Bagaimanakah saya boleh tukar bahasa yang ingin saya pelajari?

 

Pilih bahasa yang ingin dipelajari daripada senarai bahasa yang tersedia.

Lihat juga: Bolehkah saya pilih lebih daripada satu bahasa yang ingin saya pelajari?

 

Ya, anda boleh muat turun banyak bahasa yang ingin dipelajari. Tekan pada senarai bahasa yang tersedia, dan pilih bahasa tambahan yang ingin anda pelajari.

Lihat juga: Bagaimanakah saya boleh tukar bahasa yang ingin saya pelajari?

 

Tekan bahagian menu pada perkataan, frasa atau gambar, kemudian tekan Simpan dalam Koleksi. Tekan Cipta Koleksi Sendiri untuk mewujudkan koleksi menurut pilihan anda, dan namakan koleksi anda. Apabila anda menambah frasa kepada koleksi semasa menggunakan Internet, audio akan muat turun secara automatik ke dalam alat elektronik anda dan boleh digunakan tanpa sambungan Internet.

 

Tekan butang menu bersebelahan bahan dalam koleksi anda untuk salin atau keluarkan bahan tersebut daripada koleksi. Anda juga boleh mengubah susunan bahan dalam koleksi dengan mengheret bahan itu.

 

Pada salah satu koleksi itu, tekan butang Mulakan Aktiviti untuk melihat senarai aktiviti:

  • Lihat: Teka terjemahan frasa yang dipaparkan daripada senarai pilihan

  • Padankan: Pilih perkataan dan gambar yang sepadan, atau perkataan dan terjemahan yang sepadan

  • Dengar: Mainkan audio bagi suatu frasa dan pilih terjemahan yang betul

  • Kad Imbasan: Teka terjemahan suatu frasa sebelum menekan butang Tunjukkan Jawapan. Tekan ikon kelajuan audio untuk menukar kelajuan audio. Tekan ikon audio untuk mendengar atau mematikan bunyi.

  • Pelajaran Audio: Dengar koleksi frasa. Tekan butang Edit untuk memilih turutan yang disyorkan atau susun turutan mengikut pilihan anda.

 

Ya. Tekan Tetapan pada menu utama, dan tekan butang bersebelahan Tunjukkan huruf Rumi untuk mematikan fungsi huruf Rumi.

 

Teks dalam aplikasi sentiasa dipaparkan, walaupun tanpa sambungan Internet. Semasa menggunakan Internet, tekan frasa untuk memainkan audio bagi frasa itu. Anda boleh tekan ikon muat turun pada bahan audio dan video, dan kemudian memainkannya tanpa sambungan Internet. Untuk muat turun semua bahan bagi bahasa tertentu, pergi ke senarai bahasa yang tersedia, tekan butang bersebelahan bahasa itu dan pilih Muat Turun Semua.

 

Ya. Anda boleh mencipta fail sandar untuk koleksi dan sejarah anda. Pada menu Tetapan, tekan salah satu pilihan di bawah tajuk Membuat dan Menggunakan Fail Sandar. Jika anda sudah membuat fail sandar, anda boleh gunakan fail itu untuk mendapat balik koleksi dan sejarah anda. Jika anda mempunyai koleksi dalam alat mudah alih anda yang mempunyai nama yang sama dengan koleksi dalam fail sandar, koleksi dalam fail sandar akan menggantikan koleksi dalam alat mudah alih anda.

 

Salah seorang kawan yang biasa menggunakan aplikasi JW Language mungkin dapat membantu anda. Jika tidak, sila isi dan hantar borang bantuan dalam talian kami.