Dua Tawarikh 4:1-22

  • Mazbah, Laut Tembaga, dan besen (1-6)

  • Kaki pelita, meja, dan halaman Rumah Tuhan (7-11a)

  • Perabot dan perkakas Rumah Tuhan siap dibuat (11b-22)

4  Salomo membuat sebuah mazbah tembaga+ yang berukuran 20 hasta* panjang, 20 hasta lebar, dan 10 hasta tinggi. 2  Kemudian dia membuat sebuah tangki air yang besar, yang dipanggil Laut Tembaga.+ Tangki ini berbentuk bulat, garis tengahnya* berukuran 10 hasta, tingginya berukuran 5 hasta, dan dapat dililit dengan tali yang* berukuran 30 hasta panjang.+ 3  Terdapat hiasan berbentuk labu+ yang mengelilingi mulut tangki itu, dan terdapat 10 biji labu dalam setiap hasta. Hiasan itu disusun dalam dua baris dan dibentuk di dalam tuangan yang sama dengan Laut Tembaga. 4  Tangki itu diletakkan di atas 12 buah patung lembu jantan.+ Tiga ekor lembu menghadap ke utara, tiga ke barat, tiga ke selatan, dan tiga ke timur. Tangki itu diletakkan di atas lembu-lembu itu, dan semua lembu itu membelakangi tangki itu. 5  Tepi tangki itu setebal satu tapak tangan.* Bahagian tepinya seperti tepi cawan, dan melengkung ke luar seperti bunga bakung yang sedang mekar. Tangki itu dapat menampung sebanyak 66,000 liter* air. 6  Selain itu, dia juga membuat 10 buah besen. Dia meletakkan lima buah besen di sebelah kanan dan lima buah lagi di sebelah kiri.+ Besen-besen itu digunakan untuk mencuci persembahan-persembahan yang akan digunakan untuk korban bakar.+ Laut Tembaga pula digunakan oleh para imam untuk membasuh diri.+ 7  Kemudian dia membuat 10 buah kaki pelita daripada emas,+ menurut reka bentuk yang telah ditentukan.+ Kaki-kaki pelita itu diletakkan di dalam Rumah Tuhan, lima di sebelah kanan dan lima lagi di sebelah kiri.+ 8  Selain itu, dia membuat 10 buah meja dan meletakkannya di dalam Rumah Tuhan, lima di sebelah kanan dan lima lagi di sebelah kiri.+ Dia juga membuat 100 buah mangkuk emas. 9  Dia kemudiannya membina halaman+ imam+ dan halaman luar,+ lalu membuat pintu-pintu untuk halaman itu dan menyalutinya dengan tembaga. 10  Dia meletakkan Laut Tembaga di sebelah kanan Rumah Tuhan, iaitu di sebelah tenggara.+ 11  Hiram juga membuat baldi, penyodok, dan mangkuk.+ Maka Hiram menyelesaikan semua kerja di rumah Tuhan yang benar, seperti yang diperintahkan oleh Raja Salomo kepadanya. Inilah senarai hasil kerjanya:+ 12  Dua batang tiang+ dan dua kepala tiang yang bentuknya seperti mangkuk, yang diletakkan di atas tiang-tiang itu; dua rangkaian rantai+ untuk menghiasi kepala-kepala tiang itu; 13  sebanyak 400 hiasan berbentuk buah delima+ untuk kedua-dua rangkaian rantai itu, iaitu dua baris buah delima untuk setiap rangkaian rantai;+ 14  sebanyak 10 buah pedati* dan 10 buah besen di atas pedati-pedati itu;+ 15  Laut Tembaga dan 12 ekor lembu jantan di bawahnya;+ 16  dan baldi, penyodok, garpu+ serta semua perkakas yang dibuat oleh Hiram-abiv+ daripada tembaga yang telah digilap. Semua perkakas ini dibuat untuk Raja Salomo agar dapat digunakan di Rumah Yehuwa. 17  Raja Salomo memerintahkan agar semuanya dituangkan ke dalam acuan-acuan tanah liat yang terletak di antara Sukot+ dan Zereda, di daerah Yordan. 18  Salomo membuat banyak sekali perkakas. Maka berat tembaga yang digunakan tidak diketahui.+ 19  Salomo membuat semua perabot dan perkakas+ untuk rumah Tuhan yang benar: Mazbah emas;+ meja-meja+ untuk meletakkan roti yang dipersembahkan kepada Tuhan;+ 20  kaki pelita dan pelita-pelita yang diperbuat daripada emas tulen+ (untuk dinyalakan di hadapan Bilik Maha Suci, menurut peraturan yang telah ditetapkan); 21  bunga, pelita-pelita, dan penyepit yang diperbuat daripada emas (emas yang digunakan ialah emas yang paling tulen); 22  alat pemadam sumbu pelita, mangkuk, cawan, dan bekas perbaraan (semuanya diperbuat daripada emas tulen); dan pintu-pintu masuk Rumah Tuhan, iaitu pintu Bilik Maha Suci+ dan pintu Bilik Suci yang diperbuat daripada emas.+

Nota Kaki

Atau “diameternya.”
Atau “dan lilitannya.”
Harfiah, “3,000 bath.” Lihat Lampiran B14.
Atau “pedati untuk mengangkut air.”