Dua Tesalonika 3:1-18

  • Teruslah berdoa (1-5)

  • Amaran tentang kelakuan yang tidak tertib (6-15)

  • Salam akhir (16-18)

3  Akhirnya saudara-saudara, teruslah berdoa untuk kami,+ supaya firman Yehuwa* terus tersebar dengan cepat+ dan dimuliakan, seperti yang terjadi dalam kalangan kamu. 2  Berdoalah juga supaya kami diselamatkan daripada orang yang keji dan jahat,+ kerana iman bukanlah milik semua orang.+ 3  Tetapi Tuan kita setia, dan dia akan menguatkan kamu dan melindungi kamu daripada Si Jahat. 4  Sebagai pengikut Tuan kita, kami yakin bahawa kamu sedang melaksanakan dan akan terus melaksanakan arahan yang kami berikan kepada kamu. 5  Semoga Tuan kita terus membimbing hati kamu supaya kamu mengasihi Tuhan+ dan bertabah+ demi Kristus. 6  Saudara-saudara, atas nama Tuan Yesus Kristus, kami mengarahkan kamu agar menjauhi semua saudara yang tidak bertatatertib,*+ dan yang tidak hidup menurut ajaran* yang kamu* terima daripada kami.+ 7  Kamu sendiri tahu bagaimana kamu seharusnya mencontohi kami,+ kerana kami sentiasa bertatatertib dalam kalangan kamu, 8  dan kami tidak pernah makan makanan sesiapa pun dengan percuma.*+ Sebaliknya, kami bekerja keras dan membanting tulang siang dan malam, kerana kami tidak ingin menjadi beban yang berat dari segi kewangan kepada sesiapa pun dalam kalangan kamu.+ 9  Bukannya kami tidak berhak+ untuk berbuat demikian, tetapi kami ingin menunjukkan teladan yang baik supaya kamu dapat mencontohi kami.+ 10  Sebenarnya semasa kami bersama kamu, kami pernah memberikan arahan ini: “Sesiapa yang tidak mahu bekerja, tidak boleh makan.”+ 11  Hal ini demikian kerana kami mendengar bahawa ada sesetengah orang dalam kalangan kamu yang tidak bertatatertib.+ Mereka langsung tidak bekerja dan suka mencampuri urusan orang lain.+ 12  Atas nama Tuan Yesus Kristus, kami mengarahkan dan menasihati orang sebegitu agar makan makanan yang diperoleh mereka sendiri dan tidak mencampuri urusan orang lain.+ 13  Tetapi saudara-saudara, hendaklah kamu terus berbuat baik tanpa berputus asa. 14  Jika ada sesiapa yang tidak mematuhi kata-kata kami dalam surat ini, berwaspadalah terhadap* orang itu dan jangan lagi bergaul dengannya+ supaya dia berasa malu. 15  Namun, janganlah menganggapnya sebagai musuh. Sebaliknya, teruslah menasihatinya+ sebagai seorang saudara. 16  Semoga Tuan kedamaian sentiasa mengurniai kamu kedamaian dalam segala hal.+ Semoga Tuan kita menyertai kamu semua. 17  Aku, Paulus, menulis salam ini dengan tanganku sendiri.+ Beginilah caranya aku menulis, dan gaya tulisan ini menjadi tanda pengenal dalam setiap suratku. 18  Semoga kebaikan hati Tuan Yesus Kristus yang unggul menyertai kamu semua.

Nota Kaki

^ Boleh merujuk kepada orang yang tidak hidup selaras dengan prinsip-prinsip Tuhan.
^ Atau “arahan.”
^ Atau mungkin, “mereka.”
^ Atau “tanpa membuat bayaran.”
^ Harfiah, “tandailah.”