Lompat ke kandungan

Polisi Privasi dan Cookies

Polisi Privasi dan Cookies

Organisasi Saksi-Saksi Yehuwa menghormati hak seseorang untuk melindungi maklumat peribadi sendiri. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Polisi Perlindungan Data bagi organisasi sedunia kami, sila klik sini.

Polisi Perlindungan Data menerangkan bagaimana organisasi Saksi-Saksi Yehuwa mengurus maklumat peribadi seseorang. Selain itu, standard yang digunakan bagi laman web ini telah ditetapkan dan disenaraikan seperti berikut.

Laman web ini dimiliki Watchtower Bible and Tract Society of New York, Inc. (“Watchtower”), sebuah perbadanan yang tidak bertujuan untuk mengaut keuntungan. Perbadanan ini menyokong program pendidikan Bible dan kegiatan Saksi-Saksi Yehuwa. Sesetengah hos pelayan (server) bagi laman ini terletak di Amerika Syarikat.

Data Peribadi

Data peribadi anda dalam laman web ini hanya digunakan untuk tujuan yang telah dinyatakan semasa anda memberikan maklumat tersebut.

Kami tidak memberikan maklumat anda kepada orang lain, melainkan maklumat anda diperlukan untuk perkhidmatan yang dimohon oleh anda, atau untuk kegunaan seperti yang telah kami maklumkan kepada anda. Kami hanya akan memberikan data peribadi anda sekiranya maklumat itu dituntut oleh undang-undang atau peraturan, atau diperlukan oleh pihak berkuasa untuk memeriksa dan mencegah isu pemalsuan, keselamatan, atau teknikal. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju untuk menyerahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga untuk tujuan yang telah dinyatakan sahaja. Apa-apa maklumat peribadi yang diserahkan tidak akan dijual, ditukar beli, atau disewa sama sekali.

Khidmat Pihak Ketiga. Kadangkala, laman web ini mungkin mengandungi pautan bagi laman web pihak ketiga yang telah kami pilih untuk melakukan beberapa perkhidmatan (seperti mengisi borang dalam talian). Semasa menggunakan perkhidmatan daripada pihak ketiga, anda akan melihat bahawa halaman dan bar alamat bagi laman tersebut adalah berbeza. Sebelum kami memilih khidmat pihak ketiga, kami memeriksa polisi privasi dan perlindungan data mereka untuk memastikan mereka mencapai standard polisi yang kami gunakan. Pemeriksaan ini juga akan dilakukan dari masa ke masa. Untuk maklumat lanjut tentang polisi khidmat pihak ketiga, sila lihat polisi yang tertera pada laman web mereka.

Keselamatan Data Peribadi

Kami amat menitikberatkan keselamatan data peribadi anda. Semasa proses pemindahan data, maklumat anda akan dirahsiakan dengan menggunakan Transport Layer Security (TLS). Selain itu, kami mengehadkan individu yang dapat mengakses sistem komputer kami. Kami juga mengambil langkah-langkah keselamatan fizikal, elektronik, dan tatacara agar dapat melindungi data peribadi anda.

Akaun

Alamat e-mel yang anda daftarkan dalam laman web ini akan digunakan agar kami dapat menghubungi anda berkenaan dengan akaun anda. Misalnya, jika anda lupa nama pengguna atau kata laluan dan memerlukan bantuan untuk log masuk, suatu mesej akan dihantar kepada e-mel yang telah anda daftarkan dalam profil pengguna anda.

Sumbangan

Sekiranya anda mendermakan wang dalam talian, kami akan mendapatkan nama anda dan maklumat untuk menghubungi anda. Untuk menerima derma yang dibuat menerusi kad kredit, kami menggunakan perkhidmatan pembayaran dalam talian yang diiktiraf dan yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan serta perlindungan data. Kami tidak menyimpan atau memiliki akses kepada maklumat kad kredit anda, nombor akaun bank, atau maklumat lain bagi akaun anda yang digunakan untuk perkhidmatan pembayaran dalam talian. Penerima sumbangan akan menyimpan rekod transaksi tersebut sekurang-sekurangnya 10 tahun. Antara maklumat yang akan dinyatakan ialah tarikh sumbangan diberikan, jumlah yang didermakan, dan kaedah yang digunakan untuk memberikan sumbangan. Dengan itu, kami dapat memenuhi standard perakaunan yang ditetapkan dan memberikan bantuan sekiranya terdapat persoalan yang timbul mengenai transaksi tersebut. Kami tidak akan menghubungi anda untuk meminta sumbangan tambahan.

Maklumat Tambahan

Anda boleh memberikan maklumat tambahan (seperti nama, poskod, dan nombor telefon) untuk tujuan lain, selain daripada membuka akaun atau memberikan sumbangan (misalnya permohonan untuk pembelajaran Bible yang percuma). Kami mengumpul, menyimpan, dan menggunakan maklumat anda hanya untuk jangka waktu yang diperlukan, serta untuk perkhidmatan yang telah anda minta.

Cookies dan Teknologi Lain

Maklumat anda akan dikumpulkan secara automatik semasa anda melayari laman web kami. “Cookies,” “web beacons,” dan teknologi lain yang hampir sama digunakan untuk mengumpulkan informasi tersebut. Penggunaan perkataan cookie dalam polisi privasi ini mempunyai erti yang luas dan merangkumi teknologi lain yang hampir sama, misalnya “penyimpanan tempatan.”

Cookies. Seperti kebanyakan laman web, anda akan mendapati bahawa sedikit data, yang dikenali sebagai “cookie,” akan disimpan dalam telefon bimbit, tablet, atau pemacu keras komputer anda apabila anda melayari laman web kami. Terdapat beberapa jenis cookie. Fungsinya adalah berbeza tetapi secara amnya, cookies dapat memudahkan anda untuk melayari laman web kami. Kami menggunakan cookies untuk mengetahui sama ada anda pernah melayari laman web ini atau untuk menyimpan pilihan anda semasa anda melayari laman web ini. Contohnya, bahasa yang dipilih semasa melayari laman web ini disimpan dalam cookie supaya bahasa itu akan dipaparkan apabila anda melayari laman ini lagi. Kami tidak menggunakan cookies untuk tujuan pengiklanan.

Jenis cookie yang digunakan dalam laman web ini memainkan salah satu daripada tiga peranan berikut:

  1. Untuk memastikan laman web ini beroperasi dengan lancar. Cookies sebegini membolehkan anda untuk menggunakan sesetengah ciri laman web ini, misalnya untuk log masuk atau mengisi borang dalam laman web ini. Tanpa cookies ini, perkhidmatan yang anda minta, contohnya untuk memberikan sumbangan, tidak dapat disediakan. Dengan adanya cookies, kami dapat menyediakan perkhidmatan yang diminta semasa melayari laman ini. Cookies tidak akan mengumpulkan maklumat anda untuk tujuan pemasaran atau untuk mengetahui laman-laman yang telah anda layari dalam Internet.

  2. Untuk memudahkan pengguna melayari laman web ini. Pilihan anda dalam laman web ini akan direkodkan (misalnya nama pengguna, bahasa, atau negara). Selain itu, cookies ini juga berfungsi untuk meningkatkan prestasi laman web ini.

  3. Untuk tujuan analisis. Cookies digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai cara pengguna melayari laman web ini, misalnya kekerapan pengguna melayarinya atau purata masa yang diluangkan bagi setiap lawatan. Data ini hanya digunakan untuk meningkatkan mutu laman web ini.

Sesetengah cookie ditetapkan oleh laman web kami, manakala yang lain pula ditetapkan oleh pihak ketiga. Kami hanya akan menggunakan cookie yang telah kami tetapkan, kecuali cookie daripada Google reCAPTCHA. Google reCAPTCHA digunakan untuk membezakan pengguna daripada sistem komputer. Dengan demikian, spam dapat dihalang. Sila lihat privasi polisi Google di https://www.google.com/intl/ms/policies/privacy/.

Web Beacons. Halaman dalam laman web kami mungkin mengandungi fail elektronik yang kecil yang dikenali sebagai web beacons. Fungsinya adalah untuk merekodkan aktiviti penggunaan laman web, contohnya semasa anda melayari halaman yang tertentu. Web beacons digunakan untuk mengesan halaman yang telah dilayari serta mengawasi prestasi laman web ini.

Penggunaan alamat IP. Alamat IP ialah kod bernombor yang menunjukkan identiti komputer anda dalam Internet. Kami menggunakan alamat IP serta jenis pelayar anda untuk mengkaji corak penggunaan anda serta mengenal pasti masalah dalam laman web ini dan memperbaik mutu perkhidmatan kami.

Pilihan Anda. Kebanyakan pelayar membenarkan anda untuk menyahaktifkan cookies atau untuk mendapat notis sebelum cookies disimpan dalam alat elektronik anda. Sila rujuk kepada arahan pelayar anda untuk mengetahui cara anda dapat berbuat demikian. Sila ingat bahawa anda mungkin tidak dapat menggunakan ciri-ciri laman web kami dengan sepenuhnya sekiranya cookies dinyahaktifkan.

Active Scripting atau JavaScript

Scripting digunakan untuk meningkatkan kemampuan laman ini. Dengan menggunakan teknologi scripting, laman ini dapat menghantar informasi dengan lebih cepat kepada pengguna. Scripting tidak digunakan oleh laman ini untuk memasang perisian dalam komputer anda atau untuk mendapatkan maklumat anda tanpa izin.

Active scripting atau JavaScript mesti diaktifkan dalam pelayar anda supaya laman ini dapat berfungsi dengan betul. Kebanyakan pelayar mempunyai pilihan untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan scripting bagi laman web yang dipilih. Sila lihat dokumen Bantuan dalam pelayar web anda untuk mengetahui cara mengaktifkan scripting bagi laman web tertentu.

Hak Anda

Anda dapat melayari laman web ini atau memuat turun mana-mana bahan terbitan, video, atau rakaman audio secara percuma. Anda tidak diwajibkan untuk membuka akaun, memberikan sumbangan, atau menyerahkan data peribadi anda untuk menggunakan laman web ini. Namun, sekiranya anda ingin membuka akaun dalam laman web ini, memberikan sumbangan, memohon pembelajaran Bible yang percuma, atau melakukan apa-apa yang memerlukan anda untuk memberikan maklumat peribadi, anda bersetuju dengan Polisi Privasi dan Cookies ini; data disimpan dalam pelayan yang terletak di Amerika Syarikat; pengumpulan, pemprosesan, pemindahan, dan penyimpanan data peribadi anda dilakukan oleh Watchtower serta organisasi-organisasi yang menyokong kegiatan Saksi-Saksi Yehuwa di negara lain untuk menyediakan perkhidmatan yang telah anda minta. Pengumpulan data adalah berbeza mengikut keadaan. Misalnya, jika anda memberikan sumbangan kepada badan berdaftar di negara tertentu, nama dan maklumat perhubungan anda akan diserahkan kepada badan berdaftar tersebut, seperti yang telah dinyatakan semasa memproses sumbangan anda. Atau jika anda memohon pembelajaran Bible, nama dan maklumat perhubungan anda akan diberikan kepada salah sebuah pejabat cawangan Saksi-Saksi Yehuwa.

Kami tidak dapat menyediakan perkhidmatan yang anda inginkan sekiranya anda gagal memberikan maklumat yang diperlukan semasa membuka akaun, memberikan sumbangan, atau memohon perkhidmatan dalam laman web ini yang memerlukan data peribadi anda.

Sekiranya kami perlu mengemaskinikan Polisi Privasi dan Cookies, kami akan memaparkan perubahan pada halaman ini agar anda dapat mengetahui maklumat yang akan dikumpulkan serta cara kami akan menggunakannya.

Di sisi undang-undang, anda mungkin mempunyai hak berkenaan data peribadi anda. Hal ini merangkumi hak untuk mengakses, membetulkan atau menghapuskan data peribadi yang telah anda berikan kepada kami menerusi laman web ini. Jika hal ini diizinkan di negara anda, anda akan melihat maklumat perhubungan di sini. Sekiranya terdapat persoalan mengenai data peribadi anda yang berkaitan dengan sumbangan yang telah anda berikan, sila hubungi penerima sumbangan itu. Maklumat mengenai penerima sumbangan itu terdapat dalam resit anda.