Lompat ke kandungan

Orang Sudah Mati—Boleh Hidup Lagi?

Orang Sudah Mati—Boleh Hidup Lagi?

Adakah anda menjawab . . .

  • ya?

  • tidak?

  • mungkin?

JAWAPAN BIBLE

“Orang akan dibangkitkan daripada kematian.”​—Kisah 24:15, Alkitab Berita Baik.

BIBLE MEMBANTU ANDA

Berasa lega meskipun orang yang dikasihi meninggal.​—2 Korintus 1:3, 4.

Tidak lagi takut akan kematian.​—Ibrani 2:15.

Memiliki harapan untuk berjumpa semula dengan orang tersayang.​—Yohanes 5:28, 29.

BOLEHKAH KITA MEMPERCAYAI BIBLE?

Boleh. Mari kita lihat tiga sebab berikut:

  • Tuhan menciptakan segala-galanya. Bible menyatakan bahawa Tuhan Yehuwa ialah “sumber segala kehidupan.” (Mazmur 36:10; Kisah 17:24, 25) Tuhan memberikan nyawa kepada semua benda hidup. Jadi Dia pasti boleh menghidupkan semula orang yang sudah mati.

  • Tuhan membangkitkan orang pada masa lalu. Tuhan telah membangkitkan orang tua, orang muda, lelaki, dan wanita. Catatan Bible menunjukkan bahawa lapan orang telah dihidupkan semula di bumi. Ada yang baru meninggal, tetapi salah seorang telah mati selama empat hari!​—Yohanes 11:39-44.

  • Tuhan menantikan masanya untuk membangkitkan orang. Yehuwa membenci kematian dan menganggapnya sebagai musuh. (1 Korintus 15:26) Dia menantikan masanya untuk mengalahkan musuh ini dengan membangkitkan orang mati. Tuhan mengingati mereka dan ingin menghidupkan mereka semula di bumi.​—Ayub 14:14, 15.

CUBA FIKIRKAN

Mengapakah kita menjadi tua dan mati?

Bible memberikan jawapannya di KEJADIAN 3:17-19 dan ROMA 5:12.