Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 21

Apakah Itu Bethel?

Apakah Itu Bethel?

Bahagian Seni, A.S.

Jerman

Kenya

Colombia

Nama bahasa Ibrani, Bethel (atau Betel), bererti “Rumah Tuhan.” (Kejadian 28:17, 19, nota kaki) Nama ini sesuai bagi bangunan yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa di seluas dunia untuk mengatur dan menyokong kerja penyebaran. Dari ibu pejabat sedunia di negeri New York, A.S., Badan Pimpinan menyelia aktiviti pejabat cawangan di banyak negara. Sebagai satu kumpulan, mereka yang berkhidmat di Bethel dipanggil keluarga Bethel. Mereka tinggal, bekerja, makan, dan mempelajari Bible bersama-sama.​—Mazmur 133:1.

Tempat istimewa di mana ahli keluarga Bethel menunjukkan sikap rela berkorban. Di setiap Bethel, terdapat lelaki dan wanita Kristian yang setia melakukan kehendak Tuhan serta menyokong kerja Kerajaan Tuhan dengan sepenuh masa. (Matius 6:33) Mereka tidak dibayar gaji, tetapi diberikan tempat tinggal dan makanan serta elaun untuk perbelanjaan peribadi. Setiap ahli Bethel diberikan tugasan tertentu, sama ada di pejabat, dobi, dapur, atau ruang makan. Ada yang berkhidmat di bahagian pencetakan atau penjilidan buku, pembersihan, penyelenggaraan, dan sebagainya.

Tempat sibuk yang menyokong kerja penyebaran. Matlamat utama Bethel adalah untuk menyebarkan kebenaran Bible kepada seramai orang yang mungkin. Contohnya, brosur ini ditulis di bawah pengawasan Badan Pimpinan lalu dihantar menerusi komputer kepada ratusan kumpulan penterjemah di serata dunia. Kemudian, brosur ini dicetak di beberapa Bethel yang mempunyai mesin cetak berkelajuan tinggi lalu dihantar ke lebih daripada 110,000 buah sidang. Setiap langkah proses ini disokong sepenuhnya oleh keluarga Bethel. Inilah caranya mereka menyokong kerja terpenting, iaitu kerja menyebarkan berita baik.​—Markus 13:10.

  • Siapakah yang berkhidmat di Bethel? Apakah kemudahan yang disediakan bagi mereka?

  • Apakah kerja terpenting yang disokong oleh Bethel?