Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

BAHAGIAN 13

Bagaimanakah Kita Boleh Menyenangkan Hati Tuhan?

Bagaimanakah Kita Boleh Menyenangkan Hati Tuhan?

Buat jahat jangan sekali. 1 Korintus 6:9, 10

Jika kita mengasihi Yehuwa, janganlah melakukan hal-hal yang dibenci-Nya.

Yehuwa tidak mahu kita mencuri, menjadi mabuk, atau menagih dadah.

Tuhan membenci pembunuhan, pengguguran anak, dan hubungan sejenis. Dia tidak mahu kita bersikap tamak ataupun bergaduh dengan orang lain.

Kita tidak boleh menyembah berhala atau menggunakan ilmu sihir.

Orang yang berbuat jahat tidak akan tinggal di bumi Firdaus yang akan datang.

Buat baik berpada-pada. Matius 7:12

Untuk menyenangkan hati Tuhan, kita mesti berusaha mencontohi-Nya.

Kasihi orang lain dengan bersikap baik hati dan murah hati.

Bersikap jujur.

Jadilah orang yang berbelas kasihan dan suka mengampuni.

Beritahu orang lain tentang Yehuwa dan ajaran-ajaran-Nya.​—Yesaya 43:10.