Kasih terhadap Tuhan dan terhadap orang lain mendorong Saksi-Saksi Yehuwa untuk mengongsi mesej Bible dengan semua orang, termasuk mereka yang pernah berkata, “Saya tidak berminat.” (Matius 22:37-39) Kasih terhadap Tuhan mendorong kita mentaati perintah Anak-Nya untuk “memberikan kesaksian yang menyeluruh.” (Kisah 10:42; 1 Yohanes 5:3) Jadi, kami kerap menyebarkan mesej Tuhan seperti yang dilakukan oleh nabi-nabi Tuhan pada zaman dahulu. (Yeremia 25:4) Oleh sebab kami mengasihi orang lain, kami berusaha mengongsi “berita baik tentang Kerajaan Tuhan” dengan semua orang, termasuk mereka yang pada mulanya tidak berminat.​—Matius 24:14.

Kami sering menjumpai orang yang berminat semasa mengunjungi rumah yang dahulunya pernah dikunjungi. Sila pertimbangkan tiga sebab:

  • Orang berpindah rumah.

  • Orang lain yang tinggal serumah menunjukkan minat terhadap mesej kami.

  • Keadaan atau pandangan orang boleh berubah. Peristiwa-peristiwa dunia atau keadaan hidup orang boleh menyebabkan mereka lebih “sedar akan keperluan rohani” sehingga mereka sudi menerima mesej Bible. (Matius 5:3) Maka orang yang dahulunya menolak mesej kami mungkin akan berubah hati, seperti yang telah terjadi kepada Rasul Paulus.​—1 Timotius 1:13.

Walau bagaimanapun, kami tidak memaksa sesiapa pun untuk menerima mesej Bible yang kami sampaikan. (1 Petrus 3:15) Kami percaya bahawa setiap orang bebas memilih agama sendiri.​—Ulangan 30:19, 20.