Lompat ke kandungan

Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Menjauhkan Diri daripada Bekas Ahli Agama Mereka?

Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Menjauhkan Diri daripada Bekas Ahli Agama Mereka?

 Walaupun seorang Saksi-Saksi Yehuwa yang sudah dibaptis tidak lagi menginjil atau bergaul dengan rakan seimannya, kami tidak akan menjauhinya. Sebaliknya kami akan berusaha membantunya agar mementingkan hal rohani lagi.

 Kami tidak terus menyingkirkan orang yang melakukan dosa serius. Tetapi, jika seorang Saksi terbaptis terus melanggar perintah Bible dan tidak bertaubat, dia akan disingkirkan daripada sidang. Maksudnya, kami tidak akan bergaul dengannya lagi. Bible dengan jelas menyatakan, “Usirlah orang jahat daripada kalangan kamu.”—1 Korintus 5:12, 13.

 Bagaimana pula jika seorang lelaki disingkirkan tetapi isteri dan anak-anaknya tetap menjadi Saksi-Saksi Yehuwa? Walaupun dia bukan lagi rakan seiman mereka, dia masih ahli keluarga mereka. Oleh itu, hubungan sebagai suami isteri dan ahli keluarga tidak akan berubah.

 Mereka yang sudah disingkirkan boleh menghadiri perjumpaan kami. Jika mereka mahu dibantu secara rohani, para penatua di sidang rela menolong mereka agar mereka dapat kembali menjadi seorang Saksi-Saksi Yehuwa lagi. Biarpun seseorang telah disingkirkan, jika dia berhenti melakukan perbuatan yang salah dan menunjukkan bahawa dia benar-benar ingin mengikut ajaran Bible, dia dialu-alukan untuk menjadi seorang Saksi-Saksi Yehuwa lagi.