Yesus menyuruh pengikutnya supaya ‘pergi kepada semua bangsa di seluruh dunia dan menjadikan mereka pengikutnya.’ (Matius 28:19, 20) Semasa dia mengutus pengikutnya yang awal, Yesus mengarahkan mereka untuk mengunjungi rumah orang. (Matius 10:7, 11-13) Selepas kematian Yesus, orang Kristian abad pertama terus menyebarkan berita baik “di tempat-tempat awam dan di rumah-rumah.” (Kisah 5:42; 20:20) Seperti mereka, kami mendapati bahawa menginjil dari rumah ke rumah merupakan cara yang baik untuk menyampaikan berita baik kepada orang.