Lompat ke kandungan

Lompat ke sub-menu

Saksi-Saksi Yehuwa

Melayu

Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Percaya kepada Yesus?

Ya. Kami percaya kepada Yesus. Dia berkata, ‘Akulah jalan untuk mengenal Tuhan dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui aku.’ (Yohanes 14:6) Kami percaya bahawa Yesus turun dari syurga dan datang ke bumi untuk mengorbankan nyawanya yang sempurna sebagai korban tebusan. (Matius 20:28) Kematian dan pembangkitan Yesus membolehkan orang yang beriman kepadanya untuk mendapat hidup kekal. (Yohanes 3:16) Kami juga percaya bahawa Yesus kini memerintah sebagai Raja Kerajaan Tuhan di syurga. Tidak lama lagi, dia akan membawa kedamaian ke atas seluruh bumi. (Wahyu 11:15) Namun, Yesus pernah berkata, ‘Bapa lebih besar daripada aku.’ (Yohanes 14:28) Kami percaya kepada kata-katanya. Oleh itu, kami tidak menyembah Yesus kerana dia bukan Tuhan Yang Maha Kuasa.