Bible menunjukkan bahawa Yehuwa, atau Yehowa, ialah nama peribadi Tuhan. (Kejadian 2:4, nota kaki; Keluaran 3:14, nota kaki, Alkitab Berita Baik dalam Bahasa Melayu) Seorang saksi mengumumkan kebenaran atau apa yang dipercayainya.

Maka, nama Saksi-Saksi Yehuwa menunjukkan bahawa kami ialah orang Kristian yang mengumumkan kebenaran tentang Yehuwa, Pencipta segala sesuatu. (Wahyu 4:11) Kami memberikan kesaksian kepada orang lain menerusi cara hidup sendiri dan memberitahu mereka apa yang telah kami pelajari daripada Bible.​—Yesaya 43:10-12; 1 Petrus 2:12.