Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Mengapakah Saksi-Saksi Yehuwa Tidak Merayakan Easter?

Beberapa sangkaan orang

Sangkaan: Saksi-Saksi Yehuwa tidak merayakan Easter kerana mereka bukan orang Kristian.

Jawapan: Kami percaya bahawa Yesus Kristus ialah Penyelamat kami, dan berusaha sedaya upaya untuk ‘mengikut jejaknya.’​—1 Petrus 2:21; Lukas 2:11.

Sangkaan: Kamu tidak percaya bahawa Yesus telah dibangkitkan daripada kematian.

Jawapan: Kami percaya bahawa Yesus telah dibangkitkan; pembangkitannya ialah ajaran asas orang Kristian dan kami menekankan hal ini semasa menginjil.​—1 Korintus 15:3, 4, 12-15.

Sangkaan: Kamu tidak kisah sekiranya anak-anak kamu tidak dapat berseronok semasa cuti Easter.

Jawapan: Kami mengasihi anak-anak kami. Kami berusaha mendidik dan membantu mereka untuk hidup bahagia.​—Titus 2:4.

Mengapakah Saksi-Saksi Yehuwa tidak merayakan Easter?

  • Perayaan Easter tidak berasal daripada Bible.

  • Yesus menyuruh pengikutnya untuk memperingati kematiannya, bukan pembangkitannya. Kami mengadakan sambutan Peringatan pada hari ulang tahun kematian Yesus. Tarikhnya ditentukan menurut kalendar Bible.​—Lukas 22:19, 20.

  • Kami percaya bahawa tradisi Easter berasal daripada upacara kesuburan zaman kuno. Maka Easter tidak mendapat perkenan Tuhan. Tuhan menghendaki kita untuk menyembah-Nya sahaja, dan Dia menolak ibadat yang dicemari dengan amalan yang tidak menyenangkan-Nya.​—Keluaran 20:5; 1 Raja-Raja 18:21.

Kami memilih untuk tidak merayakan Easter dan yakin bahawa keputusan ini didasarkan sepenuhnya di dalam Bible. Bible menggalakkan kita untuk ‘berpegang pada hikmat dan pengertian,’ bukan sekadar menurut tradisi manusia. (Amsal 3:21; Matius 15:3) Kami menjelaskan kepada orang kepercayaan kami mengenai Easter. Tetapi, kami juga menghormati hak setiap orang untuk membuat keputusan sendiri mengenai hal ini.​—1 Petrus 3:15.