Lompat ke kandungan

Apakah yang Berlaku terhadap Saksi-Saksi Yehuwa pada Zaman Holocaust?

Apakah yang Berlaku terhadap Saksi-Saksi Yehuwa pada Zaman Holocaust?

 Pada zaman Holocaust, kira-kira 35,000 orang Saksi-Saksi Yehuwa tinggal di Jerman dan negara-negara di bawah jajahan Nazi. Sekitar 1,500 orang Saksi mati pada zaman itu. Namun, bukan semua punca kematian mereka dapat dikenal pasti. Dari masa ke masa, angka dan maklumat lain akan dikemaskinikan atas sebab kerja penyelidikan yang masih berlangsung.

 Bagaimana mereka mati

  • Gilotin yang digunakan oleh Nazi

      Hukuman mati: Hampir 400 orang Saksi dijatuhkan hukuman mati di Jerman dan negara-negara di bawah jajahan Nazi. Kebanyakan mangsa dihadapkan di mahkamah, dihukum mati, dan dipancung. Manakala yang lain pula ditembak atau digantung sampai mati tanpa perbicaraan mahkamah.

  •   Keadaan yang teruk dalam kem tahanan: Terdapat lebih daripada 1,000 orang Saksi mati di kem konsentrasi dan penjara Nazi. Mereka dipaksa bekerja keras sampai mati. Ada pula yang mati akibat diseksa, kelaparan, terdedah kepada cuaca sejuk, sakit, atau tidak diberikan rawatan perubatan yang sesuai. Oleh sebab mereka diperlakukan dengan kejam sekali, ada yang mati tidak lama selepas dibebaskan pada akhir Perang Dunia II.

  •   Punca-punca lain: Sesetengah Saksi mati kerana dikurung dalam bilik yang mengandungi gas beracun. Yang lain pula mati kerana dijadikan mangsa untuk kajian perubatan atau diberi suntikan maut.

 Mengapa mereka dianiaya

 Saksi-Saksi Yehuwa dianiaya kerana mereka mematuhi ajaran Bible. Mereka enggan menuruti arahan kerajaan Nazi untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Bible. Mereka memilih untuk “patuh kepada Tuhan sebagai pemerintah dan bukannya kepada manusia.” (Kisah 5:​29) Perhatikan dua aspek mereka berbuat demikian.

  1.   Tetap neutral dari segi politik. Sepertimana para Saksi di seluas dunia hari ini, Saksi-Saksi Yehuwa yang hidup pada zaman pemerintahan Nazi juga berpendirian neutral dalam isu politik. (Yohanes 18:36) Oleh itu, mereka enggan

  2.   Mengamalkan kepercayaan. Biarpun Saksi-Saksi Yehuwa dihalang untuk mengamalkan kepercayaan sendiri, mereka tetap

    •   Berkumpul untuk berdoa dan menyembah Tuhan.​—Ibrani 10:24, 25.

    •   Menyebarkan mesej Bible dan mengedarkan bahan bacaan Bible.—Matius 28:19, 20.

    •   Menunjukkan kebaikan hati terhadap orang lain termasuk orang Yahudi.​—Markus 12:31.

    •   Berpaut pada iman mereka dan enggan menandatangani dokumen untuk menyangkal iman mereka.​—Markus 12:30.

 Profesor Robert Gerwarth menyimpulkan bahawa Saksi-Saksi Yehuwa merupakan “satu-satunya kumpulan yang dihukum semasa Pemerintahan Ketiga Jerman atas sebab kepercayaan mereka.” a Banduan lain dalam kem konsentrasi kagum dengan pendirian Saksi-Saksi Yehuwa yang teguh. Seorang banduan warga Austria berkata, “Mereka tidak pergi berperang. Mereka lebih sanggup dibunuh daripada membunuh orang lain.”

 Di mana mereka mati

  •   Kem konsentrasi: Sebahagian besar Saksi-Saksi Yehuwa mati di kem konsentrasi. Mereka dipenjarakan di kem Auschwitz, Buchenwald, Dachau, Flossenbürg, Mauthausen, Neuengamme, Niederhagen, Ravensbrück, dan Sachsenhausen. Di Sachsenhausen sahaja, kira-kira 200 orang yang mati merupakan Saksi-Saksi Yehuwa.

  •   Penjara: Sesetengah Saksi diseksa sampai mati di penjara. Yang lain pula mati kerana dicederakan semasa disoal siasat.

  •   Tempat untuk menjalankan hukuman mati: Kebanyakan Saksi-Saksi Yehuwa dihukum mati di penjara Berlin-Plötzensee, Brandenburg, dan Halle/Saale. Tambahan lagi, terdapat rekod yang mencatatkan 70 lokasi lain di mana para Saksi dihukum mati.

 Mereka yang dihukum mati

  •  Nama: Helene Gotthold

     Lokasi hukuman mati: Plötzensee (Berlin)

     Helene seorang ibu kepada dua orang anak. Dia telah ditangkap untuk beberapa kali. Pada tahun 1937, dia diperlakukan dengan kejam sekali semasa disoal siasat sehingga mengalami keguguran. Pada 8 Disember 1944, dia dipancung dengan menggunakan gilotin di penjara Plötzensee, Berlin.

  •  Nama: Gerhard Liebold

     Lokasi hukuman mati: Brandenburg

     Gerhard yang berusia 20 tahun dijatuhkan hukuman pancung pada 6 Mei 1943. Dua tahun sebelum itu, ayahnya juga dipancung di penjara yang sama dengannya. Dalam surat perpisahan dengan keluarga dan tunangnya, Gerhard menulis: “Tanpa kuasa Tuan, mustahil saya dapat menempuh haluan ini.”

  •  Nama: Rudolf Auschner

     Lokasi hukuman mati: Halle/Saale

     Rudolf hanya berusia 17 tahun semasa dijatuhkan hukuman pancung pada 22 September 1944. Dalam surat perpisahan dengan ibunya, dia menulis: “Banyak saudara yang telah menempuh haluan ini, begitu juga dengan saya.”

a Hitler’s Hangman: The Life of Heydrich, muka surat 105.