Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Aliran Kristian dari Amerika?

Ibu pejabat sedunia kami terletak di Amerika Syarikat. Namun, kami bukan sebuah aliran dari sana atas sebab-sebab yang berikut:

  • Saksi-Saksi Yehuwa tidak berasal daripada gereja lain. Sebaliknya, kami yakin bahawa kami telah memulihkan cara ibadat orang Kristian abad pertama.

  • Saksi-Saksi Yehuwa giat menginjil di lebih daripada 230 negara. Tidak kira di mana kami tinggal, kami taat dan setia sepenuhnya kepada Tuhan Yehuwa dan Yesus Kristus, bukannya kerajaan A.S. atau mana-mana kerajaan manusia.​—Yohanes 15:19; 17:15, 16.

  • Semua ajaran kami berdasarkan Bible, dan bukannya berdasarkan buku-buku pemimpin agama di Amerika Syarikat.​—1 Tesalonika 2:13.

  • Pemimpin kami ialah Yesus Kristus, bukannya manusia.​—Matius 23:8-10.