Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Apa Itu Pembelajaran Bible?

Saksi-Saksi Yehuwa menawarkan kursus pembelajaran Bible yang menjawab soalan-soalan seperti:

  • Siapakah Tuhan?

  • Adakah Tuhan benar-benar mengambil berat tentang saya?

  • Bagaimanakah perkahwinan saya boleh menjadi lebih bahagia?

  • Bagaimanakah saya dapat menikmati kebahagiaan hidup?

Berikut merupakan jawapan kepada beberapa soalan lazim berkenaan kursus pembelajaran Bible kami.

Bagaimanakah kursus pembelajaran Bible ini diadakan? Kami menggunakan topik-topik seperti “Tuhan” atau “perkahwinan” dan meneliti ayat-ayat Bible yang berkaitan. Dengan membandingkan ayat-ayat Bible yang berbeza, kami nampak pandangan yang menyeluruh daripada Bible tentang topik itu. Melalui cara ini, Bible sendiri menjawab pertanyaan yang timbul.

Semasa mengadakan pembelajaran Bible, kami menggunakan buku Apakah Sebenarnya Ajaran Bible? Buku ini menawarkan jawapan Bible yang jelas tentang Tuhan, Yesus, masa depan kita, dan sebagainya.

Berapakah yuran kursus Bible ini? Pembelajarannya percuma, dan bayaran tidak dikenakan untuk bahan bacaan.

Berapa panjangkah setiap sesi pembelajaran? Ramai meluangkan kira-kira sejam setiap minggu untuk belajar Bible bersama kami. Tetapi masa pembelajaran adalah fleksibel. Kami membuat penyesuaian mengikut jadual anda.

Apakah yang berlaku selepas saya memohon untuk pembelajaran Bible? Selepas anda memohon untuk pembelajaran Bible, salah seorang Saksi-Saksi Yehuwa akan mengunjungi anda di tempat dan pada waktu yang anda tentukan. Dia akan mengambil beberapa minit untuk mendemonstrasikan kursus pembelajaran kami. Jika anda berminat, anda boleh terus belajar.

Jika saya menerima tawaran pembelajaran Bible, adakah saya wajib menjadi seorang Saksi-Saksi Yehuwa? Tidak. Saksi-Saksi Yehuwa gemar mengajar orang tentang Bible, tetapi kami tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk menganuti agama kami. Sebaliknya, kami menyampaikan ajaran Bible dengan hormat. Kami sedar bahawa setiap individu berhak untuk memilih kepercayaannya.​—1 Petrus 3:15, 16.