Ya. Kami ialah orang Kristian atas sebab-sebab yang berikut:

  • Kami berusaha untuk mengikut ajaran dan teladan Yesus Kristus.1 Petrus 2:21.

  • Kami percaya bahawa hanya melalui Yesus kami akan diselamatkan dan ‘tiada orang lain yang mendapat kekuasaan daripada Tuhan untuk menyelamatkan kita.Kisah 4:12.

  • Apabila seseorang menjadi Saksi-Saksi Yehuwa, dia akan dibaptiskan atas nama Yesus.Matius 28:18, 19.

  • Kami berdoa melalui nama Yesus.Yohanes 15:16.

  • Kami percaya bahawa Yesus dilantik sebagai Kepala ke atas setiap manusia.1 Korintus 11:3.

Namun, ada beberapa perkara yang membezakan kami daripada kumpulan-­kumpulan Kristian yang lain. Contohnya, kami percaya Bible mengajarkan bahawa Yesus ialah Anak Tuhan, bukannya sebahagian daripada Tritunggal. (Markus 12:29) Kami tidak percaya bahawa jiwa atau roh manusia tidak boleh mati. Tiada ayat-ayat Bible yang menyatakan bahawa Tuhan menyeksa orang di neraka. Kami juga tidak percaya bahawa para pemimpin agama patut diberikan gelaran yang meninggikan kedudukan mereka.Pengkhutbah 9:5; Yehezkiel 18:4; Matius 23:8-10.