Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Membayar Persepuluhan?

Tidak, Saksi-Saksi Yehuwa tidak mengamalkan kaedah ini; kerja kami disokong oleh sumbangan sukarela daripada penderma-penderma yang nama mereka tidak diketahui. Apakah maksud membayar persepuluhan, dan mengapakah Saksi-Saksi Yehuwa tidak mengamalkannya?

Perintah membayar persepuluhan merupakan sebahagian daripada Hukum yang diberikan kepada bangsa Israel kuno. Walaupun demikian, Bible dengan jelas menunjukkan bahawa Hukum ini​—termasuk ‘memungut persepuluhan daripada pendapatan’​—bukan untuk orang Kristian.​—Ibrani 7:​5, 18; Kolose 2:​13, 14.

Kami tidak membayar persepuluhan, tetapi kami meniru contoh orang Kristian masa awal dan menyokong kerja penyebaran dengan dua cara: menjalankan khidmat kami tanpa dibayar gaji dan memberikan sumbangan sukarela.

Oleh itu, kami mengikut perintah Bible kepada orang Kristian, ‘Masing-masing harus memberi sebanyak yang telah ditentukannya. Orang harus memberi dengan rela dan sukacita, kerana Tuhan mengasihi orang yang memberi dengan senang hati.’​—2 Korintus 9:7, ABB.