Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Agama Sesat?

Tidak. Sebaliknya, kami berusaha sedaya upaya untuk mencontohi dan menerapkan ajaran Yesus Kristus.

Apakah makna agama sesat?

Ramai orang mempunyai tanggapan yang berbeza mengenai makna agama sesat. Mari kita perhatikan dua tanggapan orang serta mengapa Saksi-Saksi Yehuwa bukan agama sesat.

  • Sesetengah orang berfikir bahawa agama sesat adalah aliran Kristian baharu yang bertentangan dengan kepercayaan dan amalan Kristian umum. Saksi-Saksi Yehuwa tidak mewujudkan agama baharu. Sebaliknya, kami mencontohi orang Kristian sejati abad pertama serta mengikut ajaran mereka yang tercatat di dalam Bible. (2 Timotius 3:​16, 17) Kami percaya bahawa Bible mengandungi ajaran-ajaran asas mengenai ibadat.

  • Sesetengah orang berfikir bahawa agama sesat adalah agama berbahaya yang diketuai oleh seorang pemimpin manusia. Saksi-Saksi Yehuwa tidak diketuai oleh seorang pemimpin manusia. Tetapi kami berpegang pada kata-kata Yesus kepada pengikutnya, “Kamu hanya mempunyai seorang Pemimpin, iaitu Kristus.”​—Matius 23:10, Terjemahan Dunia Baharu.

Saksi-Saksi Yehuwa bukan agama yang berbahaya, tetapi kami menerapkan ajaran Bible yang bermanfaat bagi kami dan masyarakat setempat. Sebagai contoh, kerja penyebaran kami telah membantu banyak orang untuk mengatasi masalah ketagihan, seperti penyalahgunaan dadah dan minuman keras. Tambahan lagi, di seluruh dunia kami membantu beribu-ribu orang untuk belajar membaca dan menulis. Kami juga menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana. Seperti yang diarahkan oleh Yesus kepada pengikut-pengikutnya, kami bekerja keras untuk membawa manfaat kepada orang lain.​—Matius 5:​13-16