Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Agama Protestan?

Tidak. Walaupun Saksi-Saksi Yehuwa ialah orang Kristian, kami bukan Protestan. Mengapa?

Protestan merujuk kepada “gereja yang bertentangan dengan Roman Katolik.” Memang benar bahawa Saksi-Saksi Yehuwa tidak setuju dengan ajaran Katolik, namun kami tidak tergolong sebagai Protestan atas sebab-sebab yang berikut:

  1. Beberapa ajaran Protestan bercanggah dengan apa yang sebenarnya diajarkan dalam Bible. Contohnya, Bible mengajar bahawa ‘hanya ada satu Tuhan,’ dan bukannya Tritunggal. (1 Timotius 2:5; Yohanes 14:28) Bible juga menjelaskan bahawa Tuhan tidak menghukum orang jahat dalam api neraka, tetapi akan membinasakan mereka selama-lamanya.​—Mazmur 37:9; 2 Tesalonika 1:9.

  2. Kami tidak membantah atau mencuba membuat perubahan kepada Gereja Katolik atau agama-agama lain. Sebaliknya, kami berusaha untuk mengkhabarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan supaya orang ramai dapat beriman terhadap berita baik ini. (Matius 24:14; 28:​19, 20) Kami tidak ingin mengubah ajaran agama lain, tetapi berminat untuk mengajar kebenaran Bible kepada orang yang berhati jujur.​—Kolose 1:​9, 10; 2 Timotius 2:​24, 25.