Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Mereka Berhenti untuk Menghulurkan Bantuan

Mereka Berhenti untuk Menghulurkan Bantuan

Cuaca di Alberta, Kanada pada hari itu sangat sejuk, dan angin bertiup dengan kencang. Bob sedang memandu dengan kelajuan sekitar 100 kilometer sejam apabila tayar belakang vannya tiba-tiba meletup. Pada mulanya, Bob tidak sedar apa yang telah berlaku, dan dia terus memandu kerana masih ada lima kilometer untuk sampai ke rumahnya.

Dalam surat yang dihantar ke sebuah Dewan Perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa, Bob menjelaskan apa yang berlaku seterusnya. Dia menulis, “Lima orang anak muda di dalam sebuah kereta memandu di sebelah van saya dan menurunkan tingkap kereta mereka. Mereka memberitahu saya bahawa tayar van saya sudah pancit, dan mereka menawarkan bantuan untuk menukarnya. Saya tidak pasti sama ada saya ada tayar ganti atau jek. Seraya saya duduk di tepi jalan di atas kerusi roda saya, mereka merangkak ke bawah van dan menjumpai sebiji tayar ganti dan jek lalu menukar tayar van saya. Cuaca sangat sejuk, salji sedang turun, dan angin bertiup dengan kencang. Mereka berpakaian kemas dan cantik, tetapi mereka sanggup membantu saya agar saya dapat pulang. Tanpa mereka, saya tidak dapat melakukan apa-apa.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada lima orang anak-anak Saksi itu yang telah membantu saya. Mereka sedang dalam perjalanan ke rumah orang untuk menginjil. Tetapi mereka sudi berhenti dan menghulurkan bantuan kepada saya. Mereka menerapkan apa yang diajarkan oleh mereka. Mereka bagaikan malaikat yang diutus Tuhan pada hari itu.”