Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Maklumat Pejabat dan Lawatan

Kami mengalu-alukan anda untuk melawat pejabat dan pusat percetakan kami. Dapatkan maklumat tentang lokasi dan masa lawatan.

 

Australia

Membuat Tempahan untuk Lawatan

Adakah anda patut membuat tempahan sebelum melawat? Ya. Untuk mengelakkan kesesakan dan memastikan semua orang menikmati lawatan mereka, kami meminta semua pelawat supaya membuat tempahan sebelum melawat, tidak kira berapa besar atau kecil kumpulan lawatan itu. Buat tempahan sekurang-kurangnya seminggu sebelum lawatan anda. Untuk lawatan pada hari cuti umum, kami menggalakkan anda supaya membuat tempahan lebih awal.

Adakah anda masih boleh melawat jika anda tidak membuat tempahan? Mungkin tidak. Hal ini demikian kerana kemudahan kami hanya dapat memuatkan jumlah orang yang terhad setiap hari.

Pukul berapakah anda harus tiba untuk lawatan? Bagi memastikan lawatan anda bermula tepat pada masanya, sila tiba sekurang-kurangnya 10 minit sebelum masa yang dijadualkan.

Apakah cara untuk membuat tempahan bagi lawatan? Klik butang “Buat Tempahan.”

Bolehkah anda mengubah atau membatalkan tempahan bagi lawatan? Ya. Klik butang “Lihat atau Ubah Tempahan.”

Apakah yang harus dibuat jika tiada lawatan pada tarikh yang anda mahu? Terus semak laman web. Anda mungkin dapat membuat tempahan bagi lawatan pada tarikh yang anda mahu jika orang lain mengubah atau membatalkan tempahan mereka.

Lawatan

12-14 Zouch Road

DENHAM COURT NSW 2565

AUSTRALIA

+61 2-9829-5600

Keterangan

Menyelia kerja pendidikan Bible Saksi-Saksi Yehuwa di Australia, Kepulauan Cook, New Zealand, Niue, Pulau Norfolk, Samoa, Samoa Amerika, Timor Leste, dan Tonga. Menyelia kerja menterjemah bahan bacaan Bible ke dalam 24 bahasa.

Pameran Sejarah Tanpa Pemandu

Menunjukkan perkembangan kerja penyebaran di Australasia.

Muat Turunkan Brosur Lawatan