Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Maklumat Pejabat dan Lawatan

Kami mengalu-alukan anda untuk melawat pejabat dan pusat percetakan kami. Dapatkan maklumat tentang lokasi dan masa lawatan.

 

Afrika Selatan

Membuat Tempahan untuk Lawatan

Adakah anda patut membuat tempahan sebelum melawat? Ya. Untuk mengelakkan kesesakan dan memastikan semua orang menikmati lawatan mereka, kami meminta semua pelawat supaya membuat tempahan sebelum melawat, tidak kira berapa besar atau kecil kumpulan lawatan itu. Buat tempahan sekurang-kurangnya seminggu sebelum lawatan anda. Untuk lawatan pada hari cuti umum, sila membuat tempahan lebih awal.

Adakah anda masih boleh melawat jika anda tidak membuat tempahan? Mungkin tidak. Hal ini demikian kerana kemudahan kami hanya dapat memuatkan jumlah orang yang terhad setiap hari.

Pukul berapakah anda harus tiba untuk lawatan? Bagi mengelakkan kesesakan, sila tiba tidak melebihi sejam sebelum masa lawatan anda.

Apakah cara untuk membuat tempahan bagi lawatan? Klik butang “Buat Tempahan.”

Bolehkah anda mengubah atau membatalkan tempahan bagi lawatan? Ya. Klik butang “Lihat atau Ubah Tempahan.”

Apakah yang harus dibuat jika tiada lawatan pada tarikh yang anda mahu? Terus semak laman web. Anda mungkin dapat membuat tempahan bagi lawatan pada tarikh yang anda mahu jika orang lain mengubah atau membatalkan tempahan mereka.

Lawatan

1 Robert Broom Drive East

Rangeview

KRUGERSDORP

1739

SOUTH AFRICA

+27 11-761-1002

E-mel: InboxBTHLTours.ZA@jw.org

Pusat Pelawat Bahagian Pengurusan: Lawatan bermula di bahagian Pengurusan Keluarga Bethel dengan sebuah video pengenalan. Sebilangan video akan dimainkan semasa lawatan, dan anda boleh melihat apa yang berlaku di balik tabir Bethel dan bagaimana Bethel menyokong ibadat kita. Kanak-kanak boleh mengambil gambar bersama Johan dan Sofia di bahagian Jadilah Sahabat Yehuwa.

Pusat Pelawat Bahagian Percetakan 2: Tiga buah video menunjukkan faedah menterjemahkan dan mencetak bahan bacaan ke dalam bahasa tempatan. Terdapat bahagian atas yang membolehkan anda melihat kedua-dua mesin percetakan yang sedang beroperasi. Lawatan ini menonjolkan pameran Bible yang menunjukkan bagaimana nama Tuhan digunakan dalam Bible dalam beberapa bahasa tempatan.

Pusat Pelawat Bahagian Percetakan 3: Terdapat bahagian atas yang membolehkan anda melihat seluruh bahagian penghantaran, dan pameran dengan data yang menunjukkan destinasi bahan bacaan yang telah dibungkus. Tiga buah video menunjukkan pembinaan Dewan Perjumpaan, penghantaran, dan penghasilan bahan bacaan audio dan video.

Bahagian Rehat Pelawat: Nikmatilah makan tengah hari masing-masing di kawasan berupa taman ini. Bahagian ini ialah tempat parkir bas dan digunakan sebagai tempat parkir semua kenderaan pada cuti umum.

Pengangkutan: Anda boleh menaiki bas perantara untuk pergi dari satu lokasi pelawat ke lokasi pelawat yang lain.

Keterangan

Mencetak dan menjilid buku, majalah, brosur, dan risalah ke dalam lebih daripada 150 bahasa, dan menghantarnya kepada ribuan sidang di 20 buah negara. Menterjemahkan Bible serta bahan bacaan Bible dan video ke dalam lebih daripada 20 bahasa. Menerusi Bahagian Reka Bina Serantau, pejabat cawangan ini menyokong pembinaan Dewan Perjumpaan di 42 buah negara Afrika.

Muat Turunkan Brosur Lawatan