Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Jumlah Muka Surat Berkurang, tetapi Jumlah Bahasa Bertambah

Mulai Januari 2013, bilangan muka surat majalah Sedarlah! dan edisi umum Menara Pengawal akan dikurangkan dari 32 muka surat ke 16 muka surat.

Memandangkan kandungan kedua-dua majalah itu dikurangkan, lebih banyak pasukan terjemahan dapat menterjemahkannya. Dengan itu, majalah-majalah tersebut akan disediakan dalam lebih banyak bahasa. Sebagai contoh, Sedarlah! terbitan Disember 2012 diterjemahkan ke dalam 84 bahasa, dan Menara Pengawal terbitan Disember 2012 diterjemahkan ke dalam 195 bahasa. Namun pada Januari 2013, majalah Sedarlah! diterjemahkan ke dalam 98 bahasa, dan Menara Pengawal pula ke dalam 204 bahasa.

Menara Pengawal edisi pembelajaran pula akan terus mengandungi 32 muka surat.

Jumlah Muka Surat Berkurang, tetapi Maklumat di Laman Web Kami Bertambah

Perubahan dalam majalah-majalah itu akan memberikan kesan kepada laman web www.jw.org dari dua segi.

  1. Sesetengah rencana yang diterbitkan dalam majalah kini hanya akan didapati di laman web ini. Sebagai contoh, rencana “Untuk Kaum Muda,” “Pelajaran Bible Saya,” dan laporan majlis lulusan Gilead dalam edisi umum Menara Pengawal, serta rencana “Untuk Kajian Keluarga” dan “Pertanyaan Kaum Muda” dalam Sedarlah! kini hanya dapat dibaca dalam talian.

  2. Menara Pengawal dan Sedarlah! akan disediakan dalam format elektronik yang lain. Selama ini, Menara Pengawal dan Sedarlah! tersedia dalam bentuk PDF di www.jw.org. Namun, kedua-dua majalah itu akan disediakan dalam format HTML, yang lebih mudah untuk dibaca dengan menggunakan komputer atau alat mudah alih. Anda juga dapat membaca bahan bacaan lain yang tersedia dalam kira-kira 400 bahasa, dengan lebih mudah dalam talian.