Selepas seorang pegawai keselamatan memeriksa projek pembinaan Dewan Perjumpaan di kawasan luar bandar Sydney, Australia, beliau berkata, “Sudah lama saya tidak mengunjungi tempat yang begitu baik dari segi keselamatan.

Pegawai tersebut menulis, “Tapak pembinaan diurus dengan baik sekali . . . sangat bersih dan kemas. Laluan masuk dan keluar dalam keadaan cemerlang, semua wayar digantung dengan cangkuk plastik dan tidak dibiarkan di atas lantai, dan pemadam api juga tersedia di mana-mana. . . . Semua orang di tapak pembinaan memakai baju lengan panjang, seluar panjang, topi keselamatan, dan cermin mata keselamatan. . . . Pekerja di situ sangat rela membantu.

Saksi-Saksi mengutamakan keselamatan,” kata Victor Otter, pengurus tapak pembinaan. “Jika kita bekerja dalam keadaan yang selamat, kita menunjukkan bahawa kita mempunyai pandangan Tuhan terhadap nyawa, dan kita menyumbang kepada keharmonian dan kebahagiaan. Selepas bekerja keras sehari suntuk, saya selalu pulang dengan senyuman di wajah.

Dewan Perjumpaan yang dilengkapi dengan 127 buah kerusi itu disiapkan pada April 2012.