Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Melindungi Hidupan Liar di Chelmsford

Saksi-Saksi Yehuwa di Britain telah memulakan pembinaan pejabat cawangan yang baharu berdekatan Chelmsford, iaitu di wilayah Essex. Kawasan itu yang mempunyai keindahan alam semula jadi merupakan kawasan habitat bagi banyak spesies hidupan liar yang dijaga di bawah Akta Wildlife and Countryside 1981 di United Kingdom. Bagaimanakah para Saksi mematuhi Akta tersebut supaya dapat melindungi hidupan liar semasa pembinaan?

Membina jambatan gantung bagi dormice

Dengan menggunakan semula kayu daripada tapak pembinaan, para Saksi telah membina banyak sarang yang berbentuk kotak-kotak kecil yang direka bagi hazel dormice supaya dapat menghindarkan mereka daripada menghampiri kawasan kerja pembinaan. Mereka turut membina satu jambatan gantung bagi laluan dormice di atas jalan masuk ke tempat pembinaan itu supaya dormice dapat meneruskan habitat semula jadi mereka pada pokok-pokok di situ. Selain itu, Saksi-Saksi juga menyelenggarakan pokok-pokok renek bagi manfaat dormice. Setiap tahun apabila tiba musim hibernasi bagi dormice, beberapa batang pokok renek akan ditebang. Hal ini dilakukan secara berselang untuk mengurangkan gangguan terhadap hidupan semula jadi dormice, melindungi habitat mereka, dan juga memastikan bahawa sumber makanan dormice tidak terputus.

Memasang sarang yang berbentuk kotak bagi dormice

Saksi-Saksi juga melindungi ular rumput, cicak, dan juga blindworm. Ahli ekologi telah mengumpulkan haiwan-haiwan reptilia ini yang berlindung di bawah atap genting yang disediakan sebagai rumah sementara, dan memindahkan mereka ke tempat yang jauh dari kawasan pembinaan. Habitat baharu ini mempunyai tempat hibernasi serta pagar yang khas. Saksi-Saksi selalu memeriksa pagar tersebut untuk memastikan haiwan-haiwan reptilia ini tidak memasuki semula kawasan pembinaan dan terdedah kepada bahaya.

Hazel dormice

Untuk mengelak daripada mengganggu aktiviti kelawar pada waktu malam, lampu LED yang mengehadkan sebaran cahaya digunakan. Lampu ini hanya akan menyala apabila terdapat pergerakan kenderaan, jadi hal ini dapat memanfaatkan kelawar yang memerlukan kegelapan untuk terus hidup. Oleh sebab kelawar sentiasa mencari makanan pada waktu malam di pokok-pokok renek di sekeliling tapak pembinaan, kebanyakan pokok-pokok ini akan dikekalkan, dan deretan pokok-pokok renek yang baharu sepanjang 2.5 kilometer akan ditanam. Penyingkiran beberapa pokok memang tidak dapat dielakkan, oleh itu para pekerja memasang kotak kelawar untuk menggantikan sarang kelawar yang hilang.

Memasang kotak kelawar

Para Saksi juga sedang memelihara beberapa pohon pokok yang berharga yang dikenali sebagai pokok veteran dengan memastikan akar pokok itu tidak terjejas oleh kerja pembinaan. Pokok-pokok tersebut adalah habitat bagi pelbagai jenis haiwan invertebrata, kelawar, dan burung. Melalui cara-cara yang telah disebutkan, Saksi-Saksi Yehuwa bertekad untuk terus melindungi hidupan liar di Chelmsford.