Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Galeri Foto Britain 4 (Mac hingga Ogos 2017)

Galeri Foto Britain 4 (Mac hingga Ogos 2017)

Lihatlah kemajuan projek pembinaan pejabat cawangan baharu Saksi-Saksi Yehuwa di Britain dari Mac hingga Ogos 2017.

28 Mac 2017—Tapak pembinaan bagi pejabat cawangan

Kontraktor menggunakan kren untuk menghantar kabin yang bahagian depannya diperbuat daripada kaca. Kabin ini digunakan untuk melihat tapak lokasi dari atas, dan diletakkan di sebuah kawasan yang selamat. Pusat pelawat dan dek pemerhatian mula dibuka pada Mei 2017, dan sejak bulan Ogos, lebih daripada 17,000 orang pengunjung telah membuat tempahan untuk mengunjungi tapak pembinaan ini.

29 Mac 2017​—Kediaman F

Kontraktor menggunakan kren menara untuk memindahkan konkrit yang sudah dipasang ke Kediaman F, iaitu kediaman pertama yang dibina. Oleh sebab terdapat ruang kosong yang agak besar di sekeliling bangunan, konkrit-konkrit itu dapat dipindahkan dengan lebih cepat tanpa perlu dibongkar.

7 April 2017​—Kediaman-kediaman

Lima buah kediaman dibina pada masa yang sama. Di bahagian depan, kontraktor mengikatkan tetulang keluli sebelum menuangkan konkrit bagi asas bangunan untuk Kediaman B. Di bahagian kanan belakang, kontraktor sedang mengepam konkrit untuk tingkat bawah bagi Kediaman D. Di bahagian kiri belakang, kren menara digunakan untuk memasang bentuk konkrit bagi lif dan tangga untuk Kediaman E.

19 April 2017​—Tapak pembinaan bagi pejabat cawangan

Seorang ahli daripada kumpulan mekanikal menggunakan alat untuk membersihkan sambungan paip bagi pemadam kebakaran. Dua paip plastik disambungkan melalui kaedah peleburan. Plastik akan mencair sehingga mencantumkan paip tersebut. Sambungan itu akan dibersihkan, lalu diuji kekuatan dan kualitinya. Kira-kira empat kilometer paip untuk pemadam kebakaran telah dipasangkan.

25 April 2017​—Kediaman-kediaman

Seorang pekerja membersihkan saluran air bawah tanah yang baharu. Jalan dapat dibina di atas saluran ini, dan air dapat tetap mengalir ke kolam penampung untuk mengelakkan banjir.

28 April 2017​—Kediaman F

Sepasang suami isteri daripada kumpulan seni bina sedang menanda lokasi bagi dinding koridor di tingkat bawah.

5 Mei 2017​—Kediaman-kediaman

Ini merupakan projek pembinaan bagi lima buah kediaman yang kelihatan di bahagian timur. Pada bulan September, rangka konkrit telah siap dipasang, dinding bahagian dalam bagi Kediaman F (kanan belakang) sedang dibina, dan kerja plaster dan mengecat dinding bangunan itu sudah dimulakan. Sementara itu, pekerja mula memasang dinding bahagian luar dan tingkap-tingkap bagi Kediaman E (kiri belakang). Pekerja bahagian seni bina, elektrik, mekanikal, dan perancah sedang mempersiapkan kerja pembinaan bagi Kediaman B, C, dan D (depan).

18 Mei 2017​—Tapak sementara untuk menyelia kerja pembinaan

Robert Luccioni, pembantu kepada Jawatankuasa Penerbitan bagi Badan Pimpinan dan penyelia Bahagian Reka Bina Sedunia (WDC), menggalakkan kumpulan pembinaan melalui ceramah berdasarkan Bible. Bahagian Reka Bina Sedunia menyelia kerja untuk mereka dan membina bangunan Bethel yang baharu, dan memastikan semua kerja berjalan dengan lancar, dan kos pembinaan dapat digunakan dengan cermat.

25 Mei 2017​—Tapak pembinaan bagi pejabat cawangan

Para pekerja menyediakan kepingan konkrit untuk membina tempat penyimpanan peralatan gas, data, dan elektrik. Di bahagian kanan, para pekerja menggunakan pam konkrit bergerak untuk menuang asas bagi pagar akustik. Pagar itu dapat mengurangkan bunyi daripada mesin dan peralatan lain.

7 Jun 2017​—Kediaman E

Kumpulan seni bina memeriksa pelan bangunan sebelum menanda bahagian lantai yang akan dipasang dengan rangka besi.

13 Jun 2017​—Kediaman F

Seorang pekerja sedang memasang rangka besi bagi dinding bahagian luar.

22 Jun 2017​—Kediaman E

Perancah dipasang di sekeliling bangunan Kediaman E agar para pekerja mudah melakukan kerja pada bahagian luar dinding.

11 Julai 2017​—Kediaman F

Seorang pekerja mengecat lapisan pelindung pada tingkap yang baru dipasang. Lapisan plastik itu akan melindungi kaca semasa projek pembinaan dijalankan, dan kemudiannya dapat ditanggalkan.

13 Julai 2017​—Kediaman F

Kumpulan mekanikal sedang memeriksa sistem pemanas bawah lantai bagi salah sebuah bilik kediaman. Setelah pemeriksaan selesai dijalankan, lapisan konkrit akan dituang untuk menutupi paip-paip pemanas tersebut.

19 Julai 2017​—Tapak pembinaan bagi pejabat cawangan

Seorang pekerja sedang memotong kepingan tanah bunga liar di bulatan yang berdepan dengan jalan masuk ke pejabat cawangan. Bunga liar itu akan mengelakkan lalang daripada tumbuh dan mengurangkan masa dan tenaga yang digunakan untuk menjaga kawasan yang terletak berdekatan dengan jalan yang sibuk itu.

1 Ogos 2017​—Bangunan Pejabat

Seorang juruukur menggunakan alat GPS untuk menanda jalan masuk ke kompleks pejabat. Setelah tempat itu ditandai dengan menggunakan kayu pancang, kayu itu akan dicat supaya dapat dilihat dengan jelas. Tempat ini akan dijadikan dapur, dan sebahagian kawasan itu akan menjadi ruang makan serta auditorium. Di bahagian belakang, kelihatan bangunan kediaman.

8 Ogos 2017​—Kediaman-kediaman

Sepasang suami isteri, menyediakan bentuk bagi konkrit untuk tempat mengawal aliran air, yang merupakan sebahagian daripada sistem saliran air hujan. Di bahagian belakang, Kediaman E dan F ditutup dengan lapik plastik supaya kerja dapat tetap dijalankan walaupun pada musim sejuk.

9 Ogos 2017​—Tapak pembinaan bagi pejabat cawangan

Seorang pekerja belajar cara menggunakan vacuum hose lifter (alat pengangkat vakum) untuk memindahkan dan memasang batu-batu bebendul jalan yang setiap satunya kira-kira 70 kilogram. Setelah batu-batu itu diletakkan di kedudukan yang tepat, konkrit akan dituang di kedua-dua belah agar batu-batu itu tidak bergerak.

16 Ogos 2017​—Tapak pembinaan bagi pejabat cawangan

Setelah paip air diletakkan di tempat yang tepat, seorang pekerja daripada kumpulan mekanikal menjaga paip itu agar tidak bergerak. Kira-kira lima kilometer paip air diperlukan untuk pejabat cawangan yang baharu ini.

22 Ogos 2017​—Kediaman E

Seorang pekerja menggunakan mesin gergaji untuk memotong batu bata. Batu bata yang dibelah akan digunakan di bahagian hujung kediaman untuk membentuk corak yang cantik yang dipanggil ikatan Flemish. Secara keseluruhan, bangunan kediaman akan menggunakan lebih daripada 300,000 batu bata.