Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Kota Harta Karun Mempamerkan “Kurniaan Tuhan kepada Manusia”

Cluj-Napoca, salah sebuah bandar terbesar di Romania, juga dipanggil Kota Harta Karun. Semasa pesta buku Gaudeamus yang diadakan dari 20 hingga 24 April 2016, Saksi-Saksi Yehuwa telah menghalakan perhatian orang kepada nilai moral dan rohani daripada Bible. Mereka mendirikan pondok di pesta itu dan bercakap kepada ribuan pelawat yang ingin tahu lebih banyak tentang video, bahan bacaan Bible, dan Bible yang dipamerkan.

Beberapa buah sekolah mengadakan lawatan ke pesta itu, dan para guru telah membawa murid untuk melihat pameran Saksi-Saksi. Murid-murid suka menonton video animasi Jadilah Sahabat Yehuwa, dan ramai antara mereka mengambil Buku Cerita Bible Saya dan brosur Ajarlah Anak Anda. Seorang pekerja dari pusat asuhan kanak-kanak nampak video animasi itu dan memberitahu rakan sekerjanya, “Kita perlu catatkan laman web ini [www.jw.org] supaya dapat tunjukkan semua kartun itu kepada budak-budak.”

Pelajar remaja pula menggemari animasi papan putih yang ditayangkan pada tablet seperti video Adakah Ini Cinta Sejati?, Gunakan Rangkaian Sosial dengan Bijak, dan Cara Berdepan dengan Pembuli.

Seorang paderi Ortodoks dan isterinya melawat pameran itu beberapa kali untuk mengambil Bible New World Translation of the Holy Scriptures dan beberapa brosur. Paderi itu berkata bahawa dia kagum kerana Bible itu mempunyai “Indeks bagi Perkataan Bible” dan para penterjemah menggunakan sumber rujukan yang boleh dipercayai. Dia juga memberikan nombor telefonnya kepada Saksi-Saksi dan meminta mereka menghubunginya untuk perbincangan Bible yang selanjutnya.

Isteri paderi itu bertanya cara mendapatkan maklumat bagi kanak-kanak dari laman web jw.org. Setelah Saksi memperkenalkan bahagian “Kanak-Kanak,” dia menonton video Bercakap Benar dan sangat menyukainya. Selepas melihat bahagian-bahagian lain dalam laman web itu, suaminya menggambarkan laman web itu sebagai “kurniaan Tuhan kepada manusia.”