Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Mengatasi Sikap Prasangka

Saksi-Saksi Yehuwa percaya bahawa Tuhan memandang semua bangsa dengan sama rata. (Kisah 10:34, 35) Melalui pendidikan Bible, kami membantu orang untuk mengatasi sikap prasangka, biarpun yang telah lama berakar umbi.

Selain itu, kami juga tidak menyokong mana-mana gerakan yang didorong oleh kebencian bangsa atau kaum. Contohnya, semasa pemerintahan Nazi, Saksi-Saksi Yehuwa di Jerman dan tempat-tempat lain enggan menyokong kempen kebencian yang dimulakan oleh Hitler. Akibatnya, ratusan Saksi telah dibunuh kerana pendirian mereka.

Apabila pembunuhan kaum berlaku di Rwanda pada 1994, Saksi-Saksi Yehuwa tidak menggalakkan ahli-ahlinya untuk melibatkan diri dalam pembunuhan itu. Sebaliknya, sesetengah Saksi-Saksi Yehuwa rela mengorbankan nyawa sendiri untuk melindungi mereka yang berada dalam bahaya.

Oleh kerana kami ingin membantu segala macam orang, kami menghasilkan dan mengedarkan bahan bacaan Bible dalam kira-kira 600 bahasa. Sidang kami juga mengalu-alukan orang “daripada semua bangsa, suku, kaum, dan bahasa.”​—Wahyu 7:9.