Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Membantu Para Pelarian di Eropah Tengah

Sejak beberapa tahun yang lalu, pelarian datang berpusu-pusu ke Eropah. Mereka berasal dari Afrika, Timur Tengah, dan Asia Selatan. Pihak kerajaan dan pekerja sukarela tempatan membantu mereka dengan menyediakan makanan, tempat tinggal, dan memberikan rawatan kesihatan.

Para pelarian memang memerlukan bantuan secara fizikal. Tetapi kebanyakan pelarian menderita akibat trauma, jadi mereka memerlukan kelegaan dan harapan. Oleh itu, Saksi-Saksi Yehuwa di Eropah Tengah berusaha untuk membantu mereka dengan mendengar luahan hati mereka dan mengongsi ayat-ayat Bible.

Kelegaan daripada Bible

Sejak bulan Ogos 2015, Saksi-Saksi Yehuwa daripada sekitar 300 buah sidang di Austria dan Jerman mencurahkan lebih banyak usaha untuk melegakan hati para pelarian itu. Para pelarian suka mendengar jawapan Bible kepada soalan-soalan berikut:

Dari bulan Ogos hingga bulan Oktober 2015, Saksi-Saksi Yehuwa memesan lebih daripada empat tan bahan bacaan Bible dari pejabat cawangan di Eropah Tengah. Semua bahan bacaan tersebut diberikan secara percuma kepada para pelarian.

Mengatasi Jurang Bahasa

Kebanyakan pelarian hanya bertutur dalam bahasa ibunda mereka. Oleh itu, para Saksi menggunakan laman web jw.org. Laman ini mengandungi rencana dan video dalam ratusan bahasa. Matthias dan Petra, yang berkhidmat sebagai sukarelawan di Erfurt, Jerman, berkata, “Kadangkala kami menggunakan isyarat tangan, gambar-gambar, atau lukisan, untuk berkomunikasi.” Saksi-Saksi juga menggunakan aplikasi JW Language, yang membantu mereka untuk mempelajari bahasa ibunda para pelarian. Dengan demikian, mereka dapat mengongsi mesej Bible kepada para pelarian itu. Selain itu, mereka juga menggunakan aplikasi JW Library untuk membaca ayat Bible dan menunjukkan video dalam pelbagai bahasa.

Sambutan yang Hangat

Sepasang suami isteri dari Schweinfurt, Jerman, berkata, “Ramai pelarian mengerumuni kami. Dalam masa dua jam setengah sahaja, mereka telah mengambil kira-kira 360 bahan bacaan. Ada yang menundukkan kepala untuk menunjukkan tanda penghargaan mereka.” “Pelarian-pelarian itu gembira apabila orang mengambil berat terhadap mereka,” kata Wolfgang, seorang sukarelawan dari Diez, Jerman. “Ada kalanya, mereka meminta bahan bacaan dalam lima atau enam bahasa.”

Kebanyakan pelarian membaca bahan bacaan Bible sejurus selepas mereka menerimanya, dan yang lain pula kembali untuk mengucapkan terima kasih. Seorang Saksi yang bernama Ilonca, dari Berlin, Jerman, berkata, “Ada dua orang pemuda mengambil beberapa bahan bacaan. Setengah jam kemudian, mereka kembali dengan membawa sedikit roti sebagai hadiah. Mereka meminta maaf kerana mereka tidak mempunyai benda lain yang dapat diberikan sebagai tanda penghargaan.”

“Terima Kasih! Ribuan Terima Kasih!”

Pekerja sosial, para pegawai, dan orang lain menghargai usaha para Saksi yang membantu secara sukarela. Seorang pekerja sosial yang menjaga kira-kira 300 orang pelarian berkata, “Terima kasih! Ribuan terima kasih kerana kamu semua begitu prihatin terhadap mereka!” Seorang lagi pekerja sosial di kem pelarian memuji para Saksi yang menawarkan bahan bacaan dalam bahasa ibunda kepada para pelarian kerana “selain makan tiga kali sehari, para pelarian tidak ada apa-apa untuk diharapkan.”

Marion dan Stefan, sepasang suami isteri dari Austria, berjumpa dengan dua orang polis peronda. Mereka menjelaskan tujuan mereka menyertai khidmat sukarela kepada dua orang polis itu. Polis-polis itu mengucapkan terima kasih kepada mereka dan meminta dua buah buku. Marion berkata, “Polis itu asyik memuji kerja yang kami lakukan.”

Seorang wanita dari Austria sering datang ke kem pelarian untuk menderma barang. Dia nampak bahawa Saksi-Saksi Yehuwa tetap ada di kem untuk membantu para pelarian, tidak kira apa jua keadaan cuaca. Pada suatu hari, wanita itu berkata kepada para Saksi, “Pelarian-pelarian ini memang memerlukan bantuan fizikal, tetapi apa yang benar-benar diperlukan mereka ialah harapan. Itulah yang sedang kamu berikan kepada mereka.”