Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Saksi-Saksi Yehuwa di Hungary Dipuji kerana Menyertai Usaha Mencegah Banjir

Saksi-Saksi Yehuwa di Hungary Dipuji kerana Menyertai Usaha Mencegah Banjir

Pada Jun 2013, hujan yang lebat menyebabkan sungai-sungai di Eropah Tengah melimpah. Di Hungary, aras air Sungai Danube berada pada aras tertinggi.

Memandangkan situasinya amat serius, Kementerian Sumber Manusia Hungary telah menghubungi pejabat cawangan Saksi-Saksi Yehuwa di Hungary untuk meminta bantuan mereka. Maka pejabat cawangan menjemput sidang-sidang yang terletak di sepanjang Sungai Danube untuk mengambil bahagian dalam aktiviti mencegah banjir yang diaturkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Jemputan ini mendapat sambutan yang baik. Dalam beberapa hari, lebih daripada 900 orang Saksi-Saksi Yehuwa dari 72 buah sidang menyertai usaha mencegah banjir. Sewaktu bertugas, mereka diminta untuk memakai lencana dengan tulisan “Saksi-Saksi Yehuwa,” disertai nama mereka dan nama kota mereka.

Seorang wakil daripada Persatuan Palang Merah tempatan telah menghantar mesej berikut kepada sebuah sidang, “Kami sangat berterima kasih dan menghargai usaha anda semua. Kami jarang melihat perpaduan dan semangat kerelaan seperti yang anda semua tunjukkan. Ada yang sanggup datang dari jauh untuk membantu! Saya bangga menceritakan usaha baik anda semua di kota kami!”

Pejabat cawangan Saksi-Saksi Yehuwa juga menerima sepucuk surat daripada pengerusi sebuah organisasi bantuan bencana, yang juga merupakan salah seorang ahli parlimen Hungary. Dia ingin mengungkapkan penghargaannya terhadap sokongan yang diberikan oleh Saksi-Saksi Yehuwa dalam usaha mencegah banjir.