Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 LAGU 4

“Yehuwa, Engkaulah Gembalaku”

“Yehuwa, Engkaulah Gembalaku”

(Mazmur 23)

  1. 1. Yehuwalah Gembalaku,

    Sentiasa di sampingku.

    Dia tahu hasrat hatiku

    Dan semua harapanku.

    Dia menenangkan aku,

    Jiwaku pulih segar.

    Kasih-Nya yang setia membimbingku

    Ke haluan yang benar.

    Kasih setia-Nya membimbingku

    Ke haluan yang benar.

  2. 2. Gembalaku yang pengasih,

    Tongkat-Mu lindungiku.

    Engkau sentiasa membimbingku

    Dan menuntun tanganku.

    Demi nama-Mu yang mulia,

    Aku selalu setia.

    Engkaulah Tuhan dan Sahabatku,

    Resah tak melandaku.

    Engkau Tuhan dan Sahabatku,

    Resah tak melandaku.

  3.  3. Gembalaku yang penyayang,

    Sentiasa di sisiku.

    Kasih-Mu membelai hatiku

    Menyegarkan jiwaku.

    Firman-Mu ku patuh setia;

    Jalan-Mu ku ikuti.

    Kasih-Mu dan belas kasihan-Mu,

    Ku hargai tiap hari.

    Kasih dan belas kasihan-Mu,

    Ku hargai tiap hari.

(Lihat juga Mzm. 28:9; 80:1.)