Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

LAGU 125

“Berbahagialah Orang yang Berbelas Kasihan!”

“Berbahagialah Orang yang Berbelas Kasihan!”

(Matius 5:7)

  1. 1. Tuhan berbelas kasihan

    Suka ampun kesalahan,

    Sedia memberi bantuan,

    Kepada yang memerlukan.

    Kerana belas kasihan,

    Dia sudi dengar keluhan.

    Belas kasihan-Nya limpah

    Kepada kita yang lemah.

  2. 2. Bila kita susah hati

    Atas kesilapan diri,

    Yesus ajar kita doa

    Minta ampun atas dosa.

    Kita saling memaafkan;

    Dosa orang dilupakan.

    Janganlah menaruh dendam

    Baru minda hati tenang.

  3. 3. Beri dengan murah hati,

    Jangan mementingkan diri.

    Kita akan dikasihi;

    Belas kasihan nikmati.

    Tuhan pasti memberkati

    Kasih kita yang sejati.

    Berusaha setiap hari,

    Tunjuk sifat mulia ini.

(Lihat juga Mat. 6:2-4, 12-14.)