Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 TOPIK UTAMA | HARUSKAH ANDA BERDOA?

Mengapakah Orang Berdoa?

Mengapakah Orang Berdoa?

Adakah anda selalu berdoa? Banyak orang termasuk sesetengah ateis menjawab ya. Tetapi, mengapakah orang berdoa? Menurut tinjauan di Perancis, setengah daripada penduduknya kadangkala berdoa atau membuat perenungan “hanya untuk berasa lega.” Seperti kebanyakan orang Eropah, doa mereka bukan sebahagian daripada penyembahan kepada Tuhan. Sesetengah orang yang beragama pula hanya berdoa kepada Tuhan apabila memerlukan sesuatu, dan mereka mengharapkan jawapan yang serta-merta.—Yesaya 26:16.

Anda pula bagaimana? Adakah doa sekadar untuk menenangkan fikiran? Jika anda percaya kepada Tuhan, dapatkah anda lihat kesan doa dalam hidup anda? Atau adakah anda berasa bahawa doa anda tidak dijawab? Bible dapat membantu anda memandang doa bukan hanya untuk berasa lega, tetapi untuk menghampiri Tuhan.