Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Sikap rela memaafkan dapat memadamkan api konflik

 SUAMI ISTERI

4: Rela Memaafkan

4: Rela Memaafkan

MAKSUDNYA

Memaafkan bermaksud tidak lagi tersinggung atau marah atas suatu kesalahan. Memaafkan tidak sama dengan meremehkan kesalahan atau berpura-pura bahawa hal itu tidak pernah berlaku.

PRINSIP BIBLE: “Teruslah bersabar terhadap satu sama lain dan saling mengampuni dengan rela hati, biarpun orang lain menyinggung perasaan kamu.”​—Kolose 3:13.

“Jika kamu mengasihi seseorang, kamu akan mengetepikan kelemahannya dan melihat usaha yang sedang dicurahkannya.”​—Aaron.

MENGAPA PENTING

Jika anda terus berdendam, anda akan dipengaruhi secara fizikal dan emosi, dan perkahwinan anda akan terancam.

“Pernah sekali, saya sangat sakit hati dengan suami saya. Walaupun dia minta maaf, saya rasa susah untuk maafkannya. Akhirnya saya maafkan dia. Tetapi saya menyesal sebab tidak buat begitu lebih awal lagi, kerana hal itu menyebabkan hubungan kami jadi tegang.”​—Julia.

LANGKAH-LANGKAH

UJILAH DIRI

Jika pasangan anda melukai anda pada masa depan, tanyalah diri:

  • “Adakah saya terlampau sensitif?”

  • “Adakah kesalahannya begitu serius sehingga dia mesti meminta maaf? Atau dapatkah saya lupakan hal itu?”

BINCANGLAH BERSAMA PASANGAN ANDA

  • Biasanya, berapa lamakah masa yang kita perlukan untuk memaafkan satu sama lain?

  • Apakah yang dapat dilakukan supaya kita saling memaafkan dengan lebih cepat?

TIP

  • Semasa anda marah, janganlah menuduh pasangan anda berniat jahat.

  • Janganlah berkira dengan pasangan anda. Ingatlah, “kita semua sering berbuat silap.”​—Yakobus 3:2.

“Lebih mudah memaafkan jika kedua-dua pihak bersalah, tetapi lebih susah jika nampaknya satu pihak sahaja yang bersalah. Kita perlu benar-benar rendah hati untuk memaafkan orang dan meminta maaf.”​—Kimberly.

PRINSIP BIBLE: “Cepatlah menyelesaikan masalah kamu berdua.”​—Matius 5:25.

Jika anda terus berdendam, anda akan dipengaruhi secara fizikal dan emosi, dan perkahwinan anda akan terancam