Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 CARA MENANGANI STRES

Adakah Anda Stres?

Adakah Anda Stres?

“Semua orang pun stres, tapi saya terlalu stres, bukan saja kerana satu masalah besar, tetapi juga kerana bermacam-macam cabaran dan kesusahan. Suami saya sakit secara fizikal dan mental, dan kerja yang diperlukan untuk menjaganya nampaknya tidak habis-habis.”​—Jill. *

“Saya ditinggalkan isteri dan perlu membesarkan dua orang anak. Bukan senang jadi bapa tunggal. Kemudian saya kehilangan kerja dan tidak cukup duit untuk baiki kereta. Saya kebuntuan dan sangat stres. Saya tahu saya tidak patut bunuh diri, jadi saya merayu Tuhan agar biar saya mati.”​—Barry.

Seperti Jill dan Barry, adakah anda kadang-kadang berasa terlalu tertekan? Jika ya, kami harap rencana-rencana seterusnya dapat membantu dan melegakan anda. Kita akan lihat beberapa penyebab stres, kesannya terhadap kita, dan cara untuk menanganinya dengan lebih baik.

^ per. 3 Nama-nama telah diubah.