Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

TIP PEMBELAJARAN

Belajar dengan Hati yang Terbuka

Belajar dengan Hati yang Terbuka

Semasa bersedia untuk membuat pembelajaran, kita mungkin sudah merancang untuk mempelajari isi tertentu. Namun, Yehuwa mungkin mahu mengajar kita isi yang lain. Bagaimanakah kita dapat membuat pembelajaran dengan hati yang terbuka?

Berdoa meminta kebijaksanaan. Mintalah Yehuwa membantu anda memahami apa yang Dia ingin ajar anda sekarang. (Yak. 1:5) Jangan hanya bergantung pada pemahaman yang sudah anda miliki.​—Ams. 3:​5, 6.

Biar Firman Tuhan mengubah hidup anda. “Firman Tuhan itu hidup” dan dapat memberi kita manfaat yang berbeza setiap kali kita membacanya. (Ibr. 4:12) Namun kita harus sedar bahawa ada hal yang kita tidak tahu, dan Firman Tuhan dapat mengajarkannya kepada kita.

Hargai semua makanan di meja Yehuwa. Ingatlah, makanan rohani yang disediakan oleh Yehuwa ialah makanan rohani “yang terbaik.” (Yes. 25:6) Jadi, jika anda fikir anda tidak akan menikmati makanan rohani tertentu, cubalah merasainya. Belum cuba, belum tahu. Anda mungkin akan sangat menggemarinya dan menjadi orang Kristian yang lebih matang!