Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Apakah Ajaran Bible?

Apakah Ajaran Bible?

Apa Itu Armagedon?

Sesetengah orang percaya . . .

Armagedon ialah kemusnahan bumi akibat senjata nuklear atau kerosakan alam sekitar. Apakah pendapat anda?

Jawapan Bible

Armagedon ialah “perang yang akan tercetus pada hari besar Tuhan Yang Maha Kuasa,” iaitu masanya Tuhan berperang melawan orang jahat.​—Wahyu 16:14, 16.

Hal lain yang kita pelajari daripada Bible

  • Perang Armagedon bukan untuk menghancurkan bumi, tetapi untuk menyelamatkan bumi daripada dirosakkan oleh manusia.​—Wahyu 11:18.

  • Perang Armagedon akan mengakhiri semua perang yang lain.​—Mazmur 46:9, 10.

Mungkinkah kita terselamat semasa perang Armagedon?

Apakah jawapan anda?

  • Ya

  • Tidak

  • Mungkin

Jawapan Bible

Satu “kumpulan besar manusia” daripada pelbagai bangsa akan selamat mengharungi “kesengsaraan besar,” yang akan berakhir dengan perang Armagedon.​—Wahyu 7:9, 14.

Hal lain yang kita pelajari daripada Bible

  • Tuhan ingin seberapa banyak orang yang mungkin untuk terselamat semasa Armagedon. Pembinasaan orang jahat merupakan langkah yang terakhir.​—Yehezkiel 18:32.

  • Bible menjelaskan cara untuk terselamat semasa Armagedon.​—Zefanya 2:3.